Tuesday, May 11, 2010

Apa kata mereka....

Sebagai peringatan atau renungan terhadap apa yang orang kain kata. Jangan kita sangka kita sudah sempurna sedangkan terdapat bermacam-macam jenis orang ada diluar sana.

Renungkanlah:

1. Kami sebenarnya tidak berapa faham apa yang sedang dan cuba dilakukan oleh pemimpin Melayu sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

2. Kami tidak faham mengapakah pemimpin Melayu hari ini menjadi semakin liberal rentetan takut hilang sokongan daripada kaum bukan Melayu sehingga mereka bertindak meminggirkan kepentingan bangsa sendiri.

3. Kini telah wujud satu sindrom dikalangan orang Melayu yang malu mengakui mereka adalah Melayu.

4. Generasi Melayu hari ini malu kerana mereka mempunyai hak istimewa.

5. Graduan Melayu hari ini malu kerana mereka dilindungi DEB dan AUKU berbanding rakan kaum lain yang belajar bersama mereka.

6. Dan kemuncaknya hari ini, Melayu malu untuk menulis nama bangsa mereka sendiri dalam borang-borang rasmi kerajaan.

7. Maka untuk apa sebenarnya Allah ciptakan manusia itu berbangsa-bangsa jika kita sendiri malu untuk mengakui susur galur keturunan sendiri?

8. Mungkinkah ini berlaku disebabkan orang Melayu hari ini merasakan mereka sudah mampu bersaing dengan kaum lain?

9. Mungkinkah orang Melayu merasakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah menyekat kreativiti serta kemampuan mereka?

10. Atau orang Melayu merasakan mereka sudah boleh berdikari tanpa apa-apa bantuan?

11. Hakikat pelajar terbaik SPM dari TKC yang jatuh di kedudukan ke 2900++ di belakang kaum bukan Melayu, tidak dihebohkan.

12. Hakikat nisbah 3 daripada 5 pelajar bukan Melayu yang mendapat keputusan 100% dalam setiap kertas ujian SPM juga tidak diendahkan.

13. Hakikat pencapaian bukan Melayu dalam kursus kritikal di universiti yang jauh mengatasi pelajar bumiputra (sementelah pelajar bumiputra sibuk berpolitik dan berdemonstrasi) juga jarang diambil pertimbangan.

14. Bahkan, hakikat orang Melayu yang masih lemah dalam persaingan ekonomi berbanding kaum lain semakin jarang diambil peduli.

15. Melayu hari ini berasa malu dan bersalah untuk mengakui mereka berbangsa Melayu kerana beranggapan kaum-kaum lain di Malaysia tetap mampu mencapai kejayaan walaupun tanpa bantuan daripada kerajaan; kononnyalah.

16. Inilah realiti Melayu.

17. Menjadi bacul sehingga tunduk dan akur dengan segala kehendak golongan minoriti.

18. Hakikatnya kaum bukan Melayu memperolehi banyak manfaat daripada pelbagai dasar yang diperkenalkan pemimpin Melayu, tidak pula diwar-warkan.

19. Kaum bukan Melayu sering mempertikaikan apa yang orang Melayu miliki, tetapi menyorokkan realiti sebenar senarai perkara yang telah mereka nikmati.

20. Bangsa Melayu hari ini sudah sampai ke tahap wajib untuk membalas, "Bukan kami saja yang dapat, tapi kamu juga dapat banyak faedah."

21. Kaum bukan Melayu bertambah kaya disebabkan DEB, tidak pernah disekat mengumpul kekayaan, mempunyai sekolah bahasa ibunda sendiri yang mendapat sokongan serta bantuan kerajaan, menjadi wakil rakyat di kawasan majoriti Melayu, mengenakan syarat bahasa mandarin untuk bekerja di syarikat mereka, mengupah majoriti kaum sendiri dalam syarikat mereka, membezakan kadar gaji kaum mereka dengan kaum bumiputra di syarikat milik mereka, membekal barangan dengan kos yang rendah kepada kaum sendiri, masih diiktiraf warganegara walau sepatah habukpun tidak fasih berbahasa kebangsaan, IPTS milik bukan Melayu hanya ada kurang 10% pelajar bumiputra, membina rumah ibadat bukan Melayu yang besar di kawasan majoriti Melayu, bla...bla...bla.

22. Mengapa kaum bukan Melayu berani untuk menuntut? Adakah kerana bangsa Melayu kecut untuk menyahut?

23. Generasi Melayu hanya hari ini hanya mampu bertahan tanpa berani menyerang balas.

24. Adakah semasa bangunan milik kaum bukan Melayu dibina, kontrak pembinaan itu diberi kepada orang Melayu? Tetapi apabila kontrak kerajaan diberikan kepada orang Melayu, pandai pula kaum bukan Melayu mempertikai serta mendesak kerajaan agar disamaratakan antara semua kaum. Adilkah itu?

25. Sedangkan kontrak kerajaan yang diberikan kepada orang Melayu adalah semata-mata untuk menyeimbangkan ketirisan dan jurang yang berlaku dalam pengagihan kontrak dalam sektor swasta yang selama ini dikuasai oleh kaum bukan Melayu.

26. Mungkin kaum bukan Melayu di negara ini tidak sedar bagaimana pribumi Indonesia menindas kaum sebangsa mereka di negara itu semasa kegawatan ekonomi 1997/1998 dahulu.

27. Mungkin juga kaum bukan Melayu di negara ini terlupa bagaimana takutnya kaum sebangsa mereka di Makasar Sulawesi terhadap pribumi Indonesia, tetapi mereka di sini pula sewenang-wenangnya bersikap kurang ajar dengan penduduk pribumi Malaysia.

28. Kerajaan Singapura telah mensyaratkan rakyatnya yang berbangsa Melayu supaya tidak lagi menulis perkataan Melayu di ruangan bangsa dalam borang rasmi kerajaan, tetapi sebaliknya dibezakan mengikut susur galur keturunan seperti Bugis, Banjar, Jawa etc.

29. Satu kaedah licik kerajaan Singapura bagi menafikan hak rakyatnya yang berbangsa Melayu.

30. Kini kita pula bakal menyaksikan perkara yang sama berlaku di Malaysia.

31. Satu permulaan bagi kehancuran bangsa Melayu yang disebabkan oleh kebaculan bangsanya sendiri.

No comments: