Friday, May 21, 2010

Bantahan lesen judi sekitar Selangor


Sekurang-kurangnya empat masjid di Selangor mengadakan bantahan terhadap tindakan keajaan meluluskan lesen judi bola sepak selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Di Masjid Hulu Langat, sekurang-kurangnya 150 umat Islam mengadakan perhimpunan selama 30 minit bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan memberikan lesen kepada Kumpulan Berjaya.

Difahamkan, mereka membawa sepanduk bertulis "Hidup Islam" dan "Bantah Judi". Terdapat juga kehadiran beberapa anggota polis mengawal keadaan.

Bantahan yang sama juga diadakan di masjid Kajang, Hulu Langat dan Kapar.

Sementara itu di Kapar, Pemuda PAS di kawasan tersebut hanya mengedarkan risalah bantahan mereka kepada jemaah masjid yang menunaikan solat Jumaat di masjid di situ.

Semalam, Pemuda PAS dilaporkan mahu menganjurkan sekurang-kurangnya lima perhimpunan di pelbagai tempat di seluruh negara, iaitu di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, perhimpunan di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.

No comments: