Friday, May 28, 2010

Kerajaan Najib GAGAL meningkatkan KDNK

Kegagalan Najib dalam meningkatkan KDNK telah menyebabkan peruntukan dan keistimewaan kepada rakyat dihapuskan. Ini adalah kerana asas untuk mengurangkan 'subsidi' iaitu KDNK gagal dinaikkan mengakibatkan negara tidak dapat menampung keperluan pentadbiran.

Ini ditambah dengan peruntukkan luarbiasa dan tidak masuk akal dalam setiap pilihanraya kecil. Ini belum lagi termasuk projek pembaziran yang dibuat oleh kerajaan. Akibatnya peruntukkan kepada rakyat ditarik balik. Ini adalah jalan singkat yang tidak memerlukan akal yang cerdik untuk memikirkan. Kalau macam itu kita tidak memerlukan Idris Jala. Siapa sahaja pun boleh buat.... hatta penjual burger tepi jalan pun boleh jadi Menteri. Setakat tahu kos dan untung sudah cukup untuk membuat keputusan.

Memandangkan UMNo amat bergantung kepada orang Melayu untuk terus memerintah dan orang Melayu ini mudah lupa dan mudah dibeli maka UMNo tidak takut untuk menyusahkan orang Melayu. Lima tahun sekali diberi kain pelikat sudah memadai untuk orang Melayu ini terus menyokong UMNo. Kalau tak percaya lihatlah kawasan Melayu tradisional. Nescaya kita lihat mereka ini merupakan orang yang memegang akidah UMNo yang amat tegar. Mereka ini berkelakuan seperti hamba abdi yang langsung tidak membantah dan mempertikaikan apa sahaja yang UMNo lakukan.

Mereka ini kebanyakkannya orang susah sehingga tidak sempat berfikir masalah masyarakat dan negara. Hidup mereka terlalu tertekan bagi memikirkan masalah hidup demi mencari sesuap nasi untuk terus hidup. Mungkin mereka tidak salah tetapi apa yang mampu kita buat? Sebab itulah PAS perlukan Harakah, Siasah, Ceramah, Tazkirah, Khutbah dll untuk mengetuk pintu hati orang Melayu ini. Sedarlah wahai bangsaku! kita sudah lama dan terlalu jauh tertinggal. Sampai bila kita mahu terus hidup begini? Berjuanglah untuk anak bangsa kita. Jangan harapkan UMNo.... Sebab kita tidak memerlukan UMNo. Dengan UMNo pun kita masih tetap hidup susah..... Apa ruginya kita meninggalkan UMNo?


Malaysia Akan Muflis Pada 2019 Jika Kerajaan Terus Beri Subsidi – Idris

KUALA LUMPUR: Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala subsidi yang ditampung oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat 100 peratus sekiranya kerajaan tidak mengurangkan jumlah pemberian subsidi kepada rakyat di negara ini.


No comments: