Malam tadi saya dimaklumkan bahawa sekarang ini susah nak dapatkan gula di Hulu Langat. Menurut Kedai Rustam, bekalan gula adalah seperti biasa, malangnya pengguna membeli secara berlebihan akibat ura-ura harga gula akan naik.
Bukan sahaja gula tetapi minyak petrol juga kabarnya akan dinaikkan dalam masa terdekat akibat kenaikkan minyak mentah baru-baru ini. Mujur harga minyak mentah kini telah turun kepada USD77 setong. Walaupun masih tidak menjamin harga RM1.80 akan kekal.
Semua harga diatas tidak akan berganjak selagi ada pilihanraya kecil. Mungkin selepas ini ada rakyat yang mengharap dan berdoa agar wakil rakyatnya mati supaya hidup lebih behagia, peruntukkan tidak terhad dan Pak Menteri bertandang kerumah menghulurkan bantuan.
Itulah realiti politik hari ini. Parti politik memperkudakan dana negara untuk mengekalkan kuasa. Akibatnya rakyat terus disogok dengan pelbagai bentuk rasuah yang di beri pelbagai label. Jangan salahkan rakyat jika budaya rasuah ini terus hidup subur.
Pun begitu sekiranya kesedaran politik rakyat diperingkat tertinggi dan parti politik mempunyai kekuatan yang seimbang maka manfaat yang besar akan kembali kepada rakyat. Kini UMNo baru sedar bahawa mereka perlu berkhidmat untuk rakyat. Selepas menghambakan dan memperbodohkan rakyat selama 64 tahun. Selamat menyambut ulang tahun ke 64. Umur yang mengajak kita berwaspada. Hayat sudah kepenghujungnya dan apa bekalan kita disana nanti. Sama-sama kita fikirkan.

No comments:
Post a Comment