Thursday, December 29, 2011

Masihkah Ada Orang Yang Pelik terhadap Piramid?


Dan berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat [membuat batu bata] kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi [apakah yang dimaksudkan adalah piramid?] supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta." Al-Qashash Ayat 38

Masihkah ada lagi ada orang yang percaya bahawa orang zaman dahulu memikul batu pejal untuk membuat piramid? Kenapa kita perlu kagum terhadap kesombongan Firaun. Adakah kita masih lagi mencari-cari jawapan yang sebenarnya telah ada dalam Al-Quraan yang diturunkan olah Allah kepada Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun dahulu....

Cuma yang saya tidak pasti adalah bangunan mana satukah yang dibina oleh Haman itu.

Once Upon A Time An UmNo Leader.....

 'Hey, I did not take bribes. I just took a big discount on the land.' Ex-Selangor UmNo Chief Khir Toyo does have a sense of humour.'

Menteri Pakai Wang Zakat : Apa Kata Mufti?

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan memberikan pandangan terhadap isu penggunaan duit zakat untuk tujuan membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pandangan segera para ulama dan Mufti penting bagi mengelakkan timbulnya pelbagai persepsi negatif dari umat Islam di negara ini terhadap institusi zakat dan pemimpin yang berkuasa menjaga institusi tersebut.

Katanya, isu sama ada duit tersebut telah dikembalikan tidak timbul kerana persoalan pokok yang perlu dijawab adalah bolehkah duit zakat digunakan untuk kepentingan peribadi pemimpin.

"Sebagai pemimpin yang berkuasa dalam urusan hal ehwal umat Islam di negara ini, sepatutnya beliau memegang amanah ini sebaiknya.

"Wang zakat perlu diuruskan dengan betul dan disalurkan ke tempat yang sewajarnya. Wang zakat tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan selain dari urusan yang selayaknya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, tindakan Datuk Seri Jamil Khir mengeluarkan wang zakat bagi membiayai kos guaman beliau dan orang bawahannya amat dikesali seluruh umat Islam yang membayar zakat di negara ini, khususnya di Wilayah Persekutuan.

Wednesday, December 28, 2011

Hassan Ali datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran

BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

Kerajaan Elak Isu ETP Yang Dibangkitkan

Saya meneliti jawapan kerajaan Datuk Seri Najib Razak terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15 Disember 2011.

Ucapan tersebut yang berjudul "Debunking ETP: Widening Income Gap" menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (ETP) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar.

Jumlah ini merangkumi sehingga 51 peratus tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56 peratus bagi tahun 2009. Angka itu menunjukkan selepas berbilion ringgit dibelanjakan, hanya penambahbaikan yang tidak seberapa.

Makanya, sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak, malah menambah bilangan rakyat termiskin adalah perancangan ekonomi yang tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat.

Persoalan utama ini wajar dijawab dengan berkesan oleh perdana menteri sendiri. Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran ETP meragukan.

Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6 peratus setiap tahun, dari tahun 2010 sehingga tahun 2020 - yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun 2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6 peratus setiap tahun.

Inflasi

Manakala kos sara hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah.

Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja. Laporan tersebut menyatakan 33.8 peratus dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM700 sebulan.

Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34 peratus dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan.

Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6 peratus adalah tidak tepat.

Manakala itu unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8 peratus setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3 peratus.

Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan per kapita sebanyak RM48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8 peratus untuk tahun mendatang.

Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4 peratus setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009.

Jurang miskin-kaya

 Rumah@Mahligai yang tidak perlu diperkenalkan milik Mohamed Khir Bin Toyo.

Keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6 peratus setiap tahun bila mana jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.
Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat terbanyak dipinggirkan.

Perdana menteri langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40 peratus (tahun 2009) kepada 33 peratus sahaja (tahun 2020).

Walhal, ini merupakan permasalahan utama di negara kita, manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat.

Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP.

Jamilah Said bersama anak bongsu di hadapan rumahnya di satu kawasan setinggan di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti.

Anwar Ibrahim

Tuesday, December 27, 2011

Hasil transformasi pentadbiran: Melayu mudah berniaga di Selangor

Kajian seorang pakar ekonomi-politik Universiti Malaya (UM), Profesor Edmund Terence Gomez mendapati rata-rata usahawan Melayu di Selangor mengatakan lebih mudah untuk menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (Pakatan) berbanding di era Barisan Nasional(BN).

Laporan itu menyebut, usahawan mengatakan kos operasi perniagaan di bawah Pakatan lebih rendah kerana tidak perlu membayar ‘komisen’ kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan lesen atau mendapat konsensi projek. Amalan sedemikian lazimnya berleluasa semasa pentadbiran BN.

Jelas Edmund lagi, situasi ini mencerminkan realiti persekitaran perniagaan negara di mana usahawan Melayu yang tulen dan berdaya saing sering diketepikan oleh dasar dan pentadbiran BN. Hanya usahawan yang mempunyai hubungan dengan pe-mimpin-pemimpin Umno mendapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan.

“Akibatnya, golongan usahawan Melayu tulen terpaksa bersaing bukan sahaja dengan usahawan daripada komuniti lain, tetapi dengan golongan usahawan yang ada kaitan dengan Umno.

“Jadi di sini kita nampak PKR (Parti Keadilan Rakyat) mendapat sokongan daripada golongan ini kerana mereka disisihkan daripada mendapat akses kepada dasar, konsensi dan projek kerajaan,” kata Edmund Gomez.

Beliau berkata demikian di dalam satu sesi forum ekonomi bertajuk, Ekonomi Malaysia : Adakah Kita Berada di Halatuju Sebenar? di Shah Alam, baru-baru ini.

Edmund Gomez menerangkan, walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) mempunyai matlamat yang murni, iaitu untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan antara komuniti di Malaysia, ia tidak menepati sasaran.

“Semasa pemerintahannya, (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad membelanjakan berjuta-berjuta ringgit untuk membentuk kelas kapitalis Melayu.

“Namun pada hari ini, tiada satu pun perniagaan Melayu yang tersenarai sebagai sepuluh perniagaan terbesar di Malaysia,” katanya.

Persoalan sebenarnya sekarang, Edmund Gomez berkata, adalah bukan tentang jurang pendapatan antara komuniti. Ia adalah tentang jurang pendapatan dalam sesuatu komuniti itu sendiri.

“Kita tengok, walaupun di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), negeri-negeri yang masih mencatat kadar kemiskinan yang tinggi, seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah adalah negeri yang majoriti penduduknya Melayu,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif kumpulan pemikir, Research For Social Advancement (REFSA), Teh Chi Chang, mengakui kebenaran yang dikatakan Edmund Gomez.

Menurut beliau, bersandarkan kepada kajian yang dibuat Refsa berkenaan situasi di Pulau Pinang, di mana Presiden Persatuan Kontraktor Kelas-F, Tahir Jalaluddin Hussain memperakui bahawa ‘komisyen’ tidak perlu dibayar lagi di bawah kerajaan Pakatan.

Refsa dalam kajian bertajuk ‘Polisi Tender Terbuka Di Pulau Pinang Mewujudkan Kontraktor Melayu Yang Berkeupayaan’ menjelaskan amalan sistem tender terbuka yang dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang berjaya mewujudkan kelas usahawan Bumiputera yang berdaya saing, berupaya dan mampu berdiri di atas kaki sendiri serta tidak mengharapkan hubungan kroni dan politik serta amalan rasuah.

Kajian itu juga berkata, 70 peratus tender projek kelas F yang dikeluarkan Penang Deve-lopment Corporatian (PDC) dari Mac 2008 sehingga Ogos 2011 diperolehi oleh kontraktor bumiputera.

Refsa turut menjelaskan, sistem akses yang adil, peningkatan persaingan dan pemberian projek hanya kepada yang layak dan berkeupayaan, adalah faktor-fak-tor pemangkin dan penyumbang pertumbuhan ekonomi untuk merangsang kepada kejayaan pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang dan Malaysia.

“Tentunya kerajaan Pakatan Selangor mengamalkan dasar dan polisi yang sama seperti kerajaan Pulau Pinang dalam mengamalkan sistem tender terbuka dan ketelusan.

“Sepertimana kajian kami, Refsa setuju bahawa pentadbiran yang mengamalkan ketulusan akan merangsang pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Menurut Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, dasar ketelusan, kebertanggungjawaban dan sistem tender terbuka yang menjadi dasar di Selangor memang sangat diperlukan untuk persekitaran ekonomi dan perniagaan supaya lebih maju.

“Persekitaran yang kondusif untuk usahawan beroperasi adalah sangat diperlukan, dan perkara ini mampu meningkatkan kadar pelaburan asing apabila usahawan dan pelabur mempunyai keyakinan yang tinggi dengan sistem yang telus di Selangor.

“Ini secara tidak langsung mereka juga akan lebih yakin untuk terus mempertingkatkan pelaburan di negeri ini,” katanya.-Selangor Kini.

Sunday, December 25, 2011

Antara Negara Islam Dan Negara Berkebajikan

PAS bermula dengan matlamat untuk mengingatkan kembali masyarakat kepada tujuan kita hidup di dunia ini iaitu sebagai khalifah dan menjadi hamba kepada Allah SWA. Setelah lebih setengah abad mengharungi segala bentuk cabaran daripada masyarakat yang jahil dan UmNo akhirnya apa yang PAS perjuangan kini telah menampakkan hasil.

Kini PAS mula mengharungi fasa kedua perjuangan yang selama ini disusun dan diperjuangkan. Dahulu PAS berjuang sendirian bagi memperjuangkan Islam yang maha suci ini. Pelbagai tohmahan terutama dari musuh tradisi politik iaitu UmNo.

Akibat dari perubahan suasana politik terutama parti yang memerintah, PAS juga menerima tempias dan menfaat dari perkembangan ini. Bermula dengan kerjasama dengan Semangat 46, BERJASA, HAMIM dan KIMMA yang membentuk APU. Seterusnya kerjasama dengan Gagasan Rakyat untuk menentang UmNo.

Perjuangan PAS sentiasa mengalami perubahan dan perubahan ini bukan sesuatu yang mudah. PAS terus terusan diserang oleh UmNo melalui media yang dikuasainya. PAS pernah memperjuangkan Islam sendirian.... sambutan orang Melayu tidak begitu menggalakkan... PAS pernah juga berjuang bersama S46, PAS mendapat menguasai Kelantan. PAS kemudiannya bersama Keadilan, PAS mula mendapat tempat dalam nasyarakat. Kini PAS, Keadilan dan DAP dalam platform yang lebih baik dan mampu mengerakkan perubahan yang lebih besar dalam lanskap politik negara.

Bagi meneruskan perubahan dan momentum ini maka PAS masuk ke fasa kedua perjuangan dengan menampilkan Negara Berkebajikan. Satu strategi marketing dan rebranding yang tidak meminggirkan matlamat perjuangan PAS iaitu ISLAM. Namun kebimbangan UmNo terhadap sokongan yang semangkin meningkat terhadap PAS, maka pelbagai serangan telah disusun oleh UmNo. Maka melalaklah UmNo kerana mahukan PAS terus memperjuangkan Islam. Maka meroyanlah UmNo mendesak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat terutamanya DAP.

Namun PAS terus yakin untuk mara kehadapan dengan mempertahankan tahaluf siyasi yang telah dimetrai dengan Keadilan dan DAP. PAS kini masih sama seperti PAS yang orang kenali dahulu.

Adakah perjuangan PAS dahulu yang memperjuangkan Negara Islam dan kini Negara berkebajikan  bercanggah...? Negara Islam adalah matlamat yang diperjuangkan oleh PAS manakala Negara Berkebajikan pula adalah adalah hasil daripada perlaksanaan Islam. Adakah ianya berbeza? Sendiri baca sendiri fikir...

Apabila kita melaksanakan Islam maka masyarakat mendapat keadilan, keamanan, kesejahteraan, ketelusan, integriti, amanah dan yang paling utama ubudiyyah. Itulah yang ingin dicapai dalam Negara Berkebajikan.

Saturday, December 24, 2011

Saya tarik balik kritik Negara Berkebajikan - Hasan Ali

Datuk Dr Hasan Ali hari ini memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan yang dianjurkan parti itu dan menarik balik kenyataannya berhubung perkara itu.

Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa pusat, katanya, beliau mengakui terdapat unsur-unsur yang keterlaluan apabila beliau mengulas perkara itu.

Dengan itu, katanya, beliau menarik balik komennya tentang negara kebajikan dan memohon maaf kepada kepimpinan PAS kerana keterlaluannya itu.

Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Hasan, dalam sidang akhbar yang diadakan di kediamannya pagi ini berkata, konsep negara kebajikan telahpun diputuskan dalam muktamar parti itu dan disahkan oleh majlis syura, maka beliau akan mematuhinya.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau terpaksa menyuarakan pandangan sebahagian besar penyokong PAS tentang butir-butir teknikal - bukan dasar - mengenai negara kebajikan.

Hasan mengakui bahawa "mungkin" intipati sebuah negara Islam dan negara kebajikan adalah serupa tetapi menegaskan bahawa kedua-duanya perlu diteliti jika mereka benar-benar sama dari segi kandungan, hujah dan penyampaiannya.

Hasan menambah beliau secara peribadi lebih suka istilah "negara Islam" daripada "negara kebajikan".

Friday, December 23, 2011

Adakah Ini Kerajaan Yang Kamu Tatang?


Peringatan presiden kepada pemimpin, ahli PAS

KUALA LUMPUR, 22 Dis: “Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah menggugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, tegasnya sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Beliau menegaskan lagi, seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya  walau pun tidak diberi hak yang adil kerana itulah sifatnya perjuangan Islam.

Jelasnya, PAS tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

Beliau berkata, PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa.

Katanya lagi, sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam.

Beliau menyatakan demikian di dalam satu kenyataan yang ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Berikut adalah peringatan penuh beliau.

Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 122: Maksudnya: (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah: 122)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang maksudnya: Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya faqeh (faham) dalam  perkara agama Islam. Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada  kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan  ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau  ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.

Mafhum  bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W.  telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam  yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan  pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia  juga.

Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.  bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.

Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa  wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam  perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar  Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman-Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud:

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil  dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.

Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah  ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.

Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi: Al Quran, Hadith, Ijmak, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura  pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.

PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman  dengan: kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan,  Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputera, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.

Perlu diingat, bahawa Umno yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matlamatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah?

Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya  walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya  perjuangan Islam.  Kita wajib  menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

Maksudnya: (Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia, laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Mahkamah dapati Khir Toyo bersalah tuduhan rasuah

Tegur orang berpada-pada.... jangan aibkan kakitangan sendiri. Sekarang baru mau ingat!

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Pada masa ini, Hakim Mohtaruddin sedang mendengar rayuan dari peguam Khir sebelum menjatuhkan hukuman.
Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Isu LPF : Ke Arah Mana Masyarakat Hendak Di Bentuk?

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah tindakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang tidak lagi akan menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya menyerahkan peranan itu kepada pengarah dan penerbit filem.

Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan DPPWP, Fadhil Osman berkata pihaknya melihat keputusan itu amat tidak wajar kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pelbagai perlanggaran dalam disiplin filem di negara ini khususnya membabitkan adegan-adegan yang tidak wajar menjadi tontotan umum.

Katanya, DPPWP menganggap keputusan ini amat membahayakan terutama kepada industri perfileman negara memandangkan kuasa menapis sesebuah filem diserahkan sepenuhnya kepada pengarah dan penerbit filem.

Sudah tentu, katanya filem itu akan ditapis mengikut selera dan citarasa pengarah atau penerbit.

Beliau menambah, penerbit atau pengarah pula akan melihat kepada kehendak dan citarasa penonton semasa bukan mengikut hukum agama.

“Isu moraliti dalam filem akan dipandang remeh dan boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran menurut hawa nafsu oleh mereka yang berkepentingan.

“Keputusan ini juga boleh menyebabkan industri pefileman negara berkecamuk dan boleh mengundang pelbagai kemarahan orang ramai,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Bagi mereka, ujarnya keuntungan adalah keutamaan dengan mengikut pasaran semasa tanpa mengerti persoalan hala dan haram sesuatu filem yang ditayangkan.

Bagi DPPWP, katanya LPF perlu melihat kepada suasana dan permasalahan dalam masyarakat hari ini khususnya terhadap anak-anak muda.

Dengan peningkatan gejala sosial yang semakin parah, kata beliau apakah LPF mahu menambah lagi masalah sosial dalam negara ini hasil daripada penayangan filem yang tidak tertapis.

Beliau berkata, DPPWP bimbang pengaruh filem akan menyebabkan keruntuhan akhlak remaja yang lebih serius sebagaimana yang berlaku kepada masyarakat di negara Barat.

“Kawalan atau tapisan yang dilakukan oleh LPF selama ini boleh meyakinkan untuk sesebuah filem ditonton oleh setiap lapisan masyarakat,” katanya.

Menurutnya lagi, meskipun tidaklah sempurna, setidak-tidaknya, tidak ada adegan yang terlepas pandang serta prinsip akauntabiliti akan dipertanggungjawabkan terhadap pihak terlibat dalam menerbitkan sesebuah filem.

“Dengan ini barulah industri filem di negara ini mampu berkembang dengan sihat dan baik,” katanya.

Justeru, tambah beliau DPPWP mendesak LPF agar menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem pada tahun depan.

Katanya, LPF perlu melihat maslahat umum dengan melihat kesan daripada keputusan itu kepada masyarakat terutama generasi muda hari ini dan masa depan negara.

Thursday, December 22, 2011

Hasan, Nasha dan Saari dipanggil beri penjelasan


KUALALUMPUR, 22 Dis: PAS hari ini memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini yang dilihat membazir masa parti.

“Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Melihat situasi pilihanraya umum yang semakin hampir, PAS kata Tuan Ibrahim tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj sama ada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti.

“Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai team player untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni.

Seluruh tumpuan kerja mesti difokus kepada persiapan akhir ini daripada melayan karenah-karenah segelintir pemimpin yang ada berbeza pandangan terhadap dasar parti yang dijamin arahnya oleh Majlis Syura,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu dipercayai membalas kenyataan Hasan yang mempertikai dasar-dasar parti yang diputuskan muktamar dan Majlis Syura.

Menggunakan media lawan milik Umno, Utusan Malaysia, Hasan, yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini.

Bagi Hasan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS.

Membalas hujah Hasan, Tuan Ibrahim menerangkan bahawa PAS ialah sebuah parti jamaah yang berdemokrasi, segala keputusan bukanlah keputusan individu tapi keputusan jamaah.

“Apabila keputusan telah dibuat, dan Majlis Syura telah mengesahkan bahawa keputusan tersebut selari dengan dasar Islam, setiap ahli PAS perlu bergerak pada arah yang sama untuk membawa parti mencapai matlamat yang disasarkan dan memenangkan Islam,” tegas beliau.

Dalam kenyataannya itu, Tuan Ibrahim turut mengingatkan ahli-ahli PAS kepada ungkapan ‘apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi.

“Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu  dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti,” nasihat beliau.

Qiam Perdana : Menang Dunia & Akhirat

Sempena sambutan PAS 60 tahun peringkat negeri Selangor, PAS Dusun Tua akan mengadakan Qiamullail dan Munajat Perdana. Semua dijemput hadir.

Oley!!


Wednesday, December 21, 2011

Ust Nasha ikrar setia kepada PAS

Bekas timbalan presiden PAS, Ust Nasharudin Mat Isa yang menerima asakan demi asakan berhubung kesetiaannya dalam parti, hari ini membuka mulut dan menyatakan beliau "tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno."

Katanya, dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno, "terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas."
"Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," katanya.

Bercakap dalam satu kenyataan hari ini, Nasharudin juga berkata beliau belum pernah mengungkapkan untuk menyertai Umno sepanjang pembabitan beliau dalam parti itu.

"Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar," katanya lagi.

Beliau yang popular dengan nama jolokan Ust Nasha di kalangan peminatnya, juga tampil membuat penjelasan ringkas hari ini untuk menjawab "tohmahan" di media dan laman sosial.

Jelasnya, sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari’ah dan Perbandingan Undang-Undang, beliau menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan.

Katanya, dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga.

“Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya’, sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan  politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Bachok.

Tun M, Anwar, IMF dan Bank Dunia

Maka berkokoklah Tun M cuba membuktikan bahawa beliau tidak meminta bantuan dari Bank Dunia tatapi yang ada cumalah tawaran dari Bank Dunia untuk bantuan kewangan. Dalam masa yang sama Tun M menuduh Anwar melaksanakan arahan IMF untuk mengetatkan polisi kewangan negara.

Mungkin ramai juga diantara kita dapat preapproved check daripada bank-bank tempatan tidak lama dulu.... konon-kononnya  duit Raya. Adakah kita nak kata kita tak mintak pinjam duit.... cuma ditawarkan pinjaman peribadi?

Adakah meminjam dari Bank Dunia salah?.... cuma pada dasarnya, kalau melibatkan riba adalah salah.

Adakah salah Anwar melaksanakan dasar kawalan kewangan konvensional yang kemudiannya dikatakan mengikut arahan IMF atau lebih tepat selaras dengan IMF? Bukankah pada masa tersebut dasar itulah yang diterima pakai oleh pakar ekonomi seluruh dunia dan ianya mengikut kaedah akedemik yang standard.

Adakah itu semua isu besar?

Walaupun saya juga tidak setuju dengan teori ekonomi yang mengatakan semasa krisis ekonomi kita perlu menambah simpanan dengan meningkatkan faedah pinjaman, namun teori itulah yang saya pelajari semasa di universiti semasa Tun M memerintah.

Teori ekonomi konvensional menyebabkan orang akan menyimpan duit dan ekonomi tidak berkembang. Bila urusan perniagaan perlahan maka bila ekonomi negara akan pulih. Sayalah antara mangsa yang terpaksa membayar 9.8% untuk pinjaman kereta..... Cuba kira kalau 7 tahun berapa yang kita kena bayar?

Walaupun tindakkan Tun M lebih rasional pada pandangan saya, resiko yang perlu dihadapi juga adalah besar. Ternyata tindakkan beliau berjaya memulihkan ekonomi negara..... Cuma yang kita tidak pasti adalah berapa kos yang ditanggung oleh negara dalam melaksanakan polisi dan teori ekonomi baru ini.

Mungkin sebab itulah MTEN ditubuhkan bagi menyelia resiko ini..... mungkin EPU, Bank Negara, pakar ekonomi, CEO bank dan pengutip hutang lebih tahu jumlahnya dan nilainya.

Cuma apa yang nak kita katakan.... tak payahlah nak tuduh benda yang tak munasabah. Hanya kerana teori ekonomi yang digunakan oleh IMF dan Anwar adalah sama maka kita kata Anwar ikut kata IMF. Jangan ingat semua orang bodoh dan tak faham ekonomi..... Tun M sendiri kata Anwar tidak mintak pinjaman IMF, cuma melaksanakan teori ekonomi sahaja... So what are you trying to say?

Pesanan : Kalau tak faham teori ekonomi buat bodoh sudah.....

Friday, December 16, 2011

Tentera Amerika akhiri misi, keluar dari Iraq

BAGHDAD: Tentera Amerika Syarikat secara rasmi menamatkan misi mereka di Iraq semalam dengan satu upacara ringkas berdekatan Baghdad.

Selepas hampir sembilan tahun, perang yang bertujuan mengguling pemimpin Iraq, Saddam Hussein, itu telah menyebabkan 4,500 askar Amerika terkorban, 32,000 lagi cedera dan lebih AS$800 bilion ($1 trilion) dihabiskan.

Sekitar 4,000 askar Amerika yang kini masih berada di Iraq akan mula kembali ke tanah air dalam tempoh beberapa hari mendatang.

Sebelum ini, terdapat lebih 170,000 askar Amerika di lebih 500 pangkalan di serata Iraq.

Mantan Presiden Amerika, Encik George W. Bush, mengarahkan pencerobohan Iraq pada Mac 2003 dengan alasan Saddam membentangkan ancaman kepada dunia kerana mempunyai senjata pemusnah besar-besaran.

Saddam ditahan dan kemudian dihukum gantung. Namun, senjata pemusnah besar-besaran yang didakwa wujud itu tidak pernah dijumpai di Iraq.

Sejak itu, lebih 100,000 rakyat Iraq terkorban ekoran keganasan puak yang tercetus.

Semasa berkempen sebelum dipilih sebagai Presiden, Encik Barack Obama telah berjanji akan menghentikan perang itu.

Kini, Iraq mempunyai Parlimen dan dipimpin oleh pemerintah yang diketuai oleh puak Syiah bagi menggantikan rejim Sunni di bawah Saddam.

Thursday, December 15, 2011

Lim Guan Eng Anti Islam Dan Anti Melayu?

KEPALA BATAS, 15 Dis: PAS Pulau Pinang mendesak pimpinan Umno BN di semua peringkat menghentikan semua tuduhan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang kononya anti Islam atau anti Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Bukhori Ghazali berkata, ia selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam yang mengarahkan Utusan membayar RM200 ribu ekoran laporan mereka berhubung tuduhan itu hanyalah fitnah.

Katanya, bila mahkamah telah putuskan bahawa Lim di pihak yang benar dan Utusan bersalah, maka sebagai parti yang sentiasa tidak puas hati terhadap langkah drastik Kerajaan Pakatan Rakyat, harus memohon maaf secara terbuka.

"Apa yang dituduhkan terhadap Lim Guan Eng semuanya dusta. Mahkamah dan putuskan (dia bukan anti Islam, anti Melayu) bukan orang kampung (yang putuskan), " tegasnya.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam mengarahakan akhbar Utusan Malaysia membayar RM200,000 kepada Lim kerana mendapati dia tidak anti Melayu atau anti Islam seperti difitnah oleh akhbar Umno itu.

Utusan dalam laporannya telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’ dalam artikel yang disiarkan bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng'.

Akhbar itu juga melaporkan kononnya DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan.

Sehubungan itu, Bukhori berkata, sepatutnya mulai hari ini Umno BN tidak lagi mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman seperti itu terhadap DAP.

Usah Terperangkap Dengan Agenda UmNo

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa  sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.

Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

Mustafa  berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.

Mustafa  mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Mustafa berkata, kenyataan Hassan turut menggambarkan dia seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu  turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.

Walaubagaimana pun tegas Mustafa,  kenyataan Hasan dan Nasharudin itu  tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan Presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya.

Wednesday, December 14, 2011

Ulama' UmNo Pakat Dengan MCA Hentam Islam

Jangan terkejut kalau adanya golongan agamawan dalam Umno yang menjadi syaitan bisu terhadap pemerintah Umno-BN tetapi menghentam PAS dan kerajaan pimpinan PR. AWAS berhati-hatilah kamu bila bercakap tentang Islam..... Kamu hendak hentam PAS atau hentam Islam? Kami tidak kisah kena hentam tapi kelancangan lidah kamu mengecam hudud dan qisas mungkin mengundang padah... Takutlah siksaan Allah yang amat dekat dan lebih dekat dari lehermu sendiri.

Sikap Penasihat agama MB Terengganu yang diimport dari pendang, Kedah iaitu Kamal Saidin yang mengkritik serta membuat lawak bodoh terhadap enakmen hudud & qisas yang dikemukakan oleh Kerajaan Kelantan & enakmen yang telah diluluskan oleh Kerajaan Terengganu pada tahun 2001 iaitu dizaman pemerintahan PAS tetapi bersikap membisu terhadap perlaksanaan syariat Islam di Malaysia. Adakah memadai apa yang dilaksanakan oleh UmNo selama lebih 54 tahun memerintah?

Perbuatan tidak bermaruah tersebut diadakan dihadapan majlis yang dianjurkan oleh sekutu Parti BN iaitu MCA. Dimanakah maruah Umno-BN dan apakah ulama' cap ayam seperti ini boleh pakai? Mereka sepatutnya mendidik dan menberi penjelasan terhadap keindahan dan hikmah peraturan dan undang-undang Islam kepada masyarakat khususnya golongan non-muslim tetapi mengambil kesempatan untuk menakutkan bukan Islam dengan pelaksanaan syariat Islam bahkan mencari ruang-ruang untuk menonjolkan kekurangan demi politik dangkal Umno-BN.

Mungkin inilah sebabnya presiden MCA amat bernafsu menyerang Islam.... Kalau UmNo sendiri menyerang Islam... maka jangan harap MCA pula nak mempertahankan Islam.

Suasana ini amat berbeza dalam PR apabila rakan-rakan dari PKR dan DAP berlumba-lumba mengkaji Islam dan bercakap tentang Islam. Mereka mula mengambil tahu tentang hadith, Al-Quraan dan hukum hakam dalam Islam... Atau sekurang-kurang mereka menggunakan istilah yang selalu digunakan oleh orang Islam seperti aqidah, insyallah, istikomah dan lain-lain lagi. Kesannya mereka semakin mesra dengan Islam dan memahami Islam itu sendiri.

Program Pendemokrasian Rakyat

Walaupun dalam keadaan PAS kalah di Dusun Tua, namun PAS dapat menabur khidmat kepada seluruh masyarakat. Bayangkanlah jika seluruh orang Melayu menyokong PAS dan dapat memenangi keseluruhan kerusi yang ditandingi PAS di Selangor ini.

Perlu di ingat bahawa PAS bertanding di kawasan 'hardcore' Melayu yang sebahagian besarnya adalah kawan Melayu tradisional. Selalunya PAS akan menentang calon UmNo. Sekiranya UmNo kalah dalam PRU13, ingatlah kerusi kawasan orang Melayu masih lagi dikuasai orang Melayu... cuma dari PAS pula. Jika PAS mempunyai kerusi yang banyak, maka barisan kepimpinan negari pasti akan berubah dan PAS boleh mendapat hak dan kedudukan lebih banyak dalam kerajaan.

Namun sekiranya Melayu terus menyokong UmNo maka selamanya Melayu akan terus diwakili oleh pembangkang dari UmNo. Pada masa itu jangan salahkan PAS kerana tidak mampu menguasai pemerintahan di Selangor. 

Umno yang telah di beri amanah selama 54 tahin gagal untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu. Lebih malang lagi gagal memertabatkan agama Islam. Kini UmNo dalam keadaan yang amat hina apabila ramai pimpinannya terlibat dengan palbagai isu dan skandal yang merugikan rakyat dan negara. Sedangkan Najib gagal berbuat apa-apa. Dari kes lembu, kapal selam, jet, PKFZ, Felda, MAS, Petronas, Prince Court Medical Center dan pelbagai lagi.

Kini orang Melayu perlu membuat keputus untuk mengubah keadaan. Mulakan dengan dengan menolak UmNo. Kita kena membuat keputusan yang sukar.... Undilah wakil anda Asalkan Bukan UmNo.

 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, December 13, 2011

Taklimat Khas PRU13

Jangan lupa malam ini taklimat khas PRU13 oleh Pengarah Pilihanraya Pusat YB Dr Hatta Ramli. Semua warga PAS Dusun Tua diminta menghadirkan diri di Dewan MPKj malam ini Selasa 13/12/2011 jam 8.30 malam.

 
Sokong PAS Melayu kuat.... PAS kuat Melayu memerintah. Melayu sokong UmNo, Melayu menjadi pembangkang seumur hidup...... PAS ganti UmNo.