Wednesday, December 7, 2011

Cuit Untuk Penyokong UmNo

Maka berkatalah editor Utusan (akhbar UmNo) Datuk Zaini Hassan bahawa orang yang mampu menyelamatkan Selangor dan menyatukan orang Melayu adalah ahli exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali.

Sambil melabelkan Hasan sebagai seorang pejuang yang diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Zaini berkata hanya Hasan sahaja yang digeruni oleh kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh DAP dan PKR. Ini kerana beliau mempunyai pengaruh yang luas di kalangan pengikut PAS dan penjawat-penjawat awam Melayu.

Katanya, Hasan juga adalah ahli exco tunggal yang membela Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan menyelamatkan akidah umat Islam daripada kumpulan evengelis Kristian.

“Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan.”

Justeru, menurut Zaini dalam kolum 'Cuit', Hasan mempunyai kelebihan dan dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan dengan menyatukan seluruh orang Melayu dibawah PAS.

Kalau begitulah pengiktirafan yang diberikan maka tidak mustahillah PAS akan ganti UmNo di Selangor pada PRU13 akan datang. Sokongan orang Melayu terhadap PAS akan melayakkan PAS untuk menerajui Selangor. Kami menyeru orang Melayu....berubahlah dan sokonglah PAS ....tinggalkan UmNo!

No comments: