Thursday, December 8, 2011

JANGAN BUAT ALASAN, RUJUK FATWA KEBANGSAAN

Dr. Asri melahirkan kekagumannya terhadap kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan mereka bersedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang tetapi mahu menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan. Kata beliau “ Ianya amat menarik apabila SPR menyatakan kesediaan penggunaan dakwat kekal itu bergantung kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, sedangkan telah ada fatwa mengenai perkara ini.” Bagaimanapun tambah Dr. Asri “Jangan gunakan Islam sebagai alasan atau halangan untuk melaksanakan sesuatu yang memberikan keadilan, ianya satu perangai yang teruk.”.. sepenuhnya sila baca di bawah.. 

Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia Keputusan: Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.

Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam. Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.

No comments: