PAS bermula dengan matlamat untuk mengingatkan kembali masyarakat kepada tujuan kita hidup di dunia ini iaitu sebagai khalifah dan menjadi hamba kepada Allah SWA. Setelah lebih setengah abad mengharungi segala bentuk cabaran daripada masyarakat yang jahil dan UmNo akhirnya apa yang PAS perjuangan kini telah menampakkan hasil.
Kini PAS mula mengharungi fasa kedua perjuangan yang selama ini disusun dan diperjuangkan. Dahulu PAS berjuang sendirian bagi memperjuangkan Islam yang maha suci ini. Pelbagai tohmahan terutama dari musuh tradisi politik iaitu UmNo.
Akibat dari perubahan suasana politik terutama parti yang memerintah, PAS juga menerima tempias dan menfaat dari perkembangan ini. Bermula dengan kerjasama dengan Semangat 46, BERJASA, HAMIM dan KIMMA yang membentuk APU. Seterusnya kerjasama dengan Gagasan Rakyat untuk menentang UmNo.
Perjuangan PAS sentiasa mengalami perubahan dan perubahan ini bukan sesuatu yang mudah. PAS terus terusan diserang oleh UmNo melalui media yang dikuasainya. PAS pernah memperjuangkan Islam sendirian.... sambutan orang Melayu tidak begitu menggalakkan... PAS pernah juga berjuang bersama S46, PAS mendapat menguasai Kelantan. PAS kemudiannya bersama Keadilan, PAS mula mendapat tempat dalam nasyarakat. Kini PAS, Keadilan dan DAP dalam platform yang lebih baik dan mampu mengerakkan perubahan yang lebih besar dalam lanskap politik negara.
Bagi meneruskan perubahan dan momentum ini maka PAS masuk ke fasa kedua perjuangan dengan menampilkan Negara Berkebajikan. Satu strategi marketing dan rebranding yang tidak meminggirkan matlamat perjuangan PAS iaitu ISLAM. Namun kebimbangan UmNo terhadap sokongan yang semangkin meningkat terhadap PAS, maka pelbagai serangan telah disusun oleh UmNo. Maka melalaklah UmNo kerana mahukan PAS terus memperjuangkan Islam. Maka meroyanlah UmNo mendesak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat terutamanya DAP.
Namun PAS terus yakin untuk mara kehadapan dengan mempertahankan tahaluf siyasi yang telah dimetrai dengan Keadilan dan DAP. PAS kini masih sama seperti PAS yang orang kenali dahulu.
Adakah perjuangan PAS dahulu yang memperjuangkan Negara Islam dan kini Negara berkebajikan bercanggah...? Negara Islam adalah matlamat yang diperjuangkan oleh PAS manakala Negara Berkebajikan pula adalah adalah hasil daripada perlaksanaan Islam. Adakah ianya berbeza? Sendiri baca sendiri fikir...
Apabila kita melaksanakan Islam maka masyarakat mendapat keadilan, keamanan, kesejahteraan, ketelusan, integriti, amanah dan yang paling utama ubudiyyah. Itulah yang ingin dicapai dalam Negara Berkebajikan.
No comments:
Post a Comment