Friday, December 9, 2011

Kondo untuk Keluarga, Lembu Untuk UmNo, Hampas Untuk Rakyat

Bayangkan jika dana RM250 juta dana NFC itu digunakan untuk diagihkan kepada orang kampung. Kalau seekor lembu harganya RM3,000.00 dan seorang penduduk kampung dapat 5 ekor maka seramai seramai 16,667 orang boleh melibatkan diri dalam perternakkan lembu. Ataupun nak dibesarkan sekalanya seorang penternak membela 50 ekor lembu maka seramai 1,667 penternak baru boleh dilahirkan. Walaupun selepas mengambil kira kos pembinaan infrastruktur namun kita masih mampu melahirkan usahawan perternakkan yang jumlahnya ratusan orang.

Namun kerana untuk mempertahankan Shahrizat, keluarganya dan UmNo maka mereka masih menganggap penyelewangan yang dibuat terhadap dana NFC itu amat kecil. Masih ingatkah kita kepada kes lembu korban yang diagihkan oleh MB Selangor. Macam mana tindakkan SPRM terhadap isu tersebut? Adakah sama tindakkan yang diterima oleh keluarga Shahrizat ini?

Berapa banyak lagi wang rakyat dan negara hendak dileburkan semata-mata untuk memuaskan nafsu segelintir pimpinan UmNo yang tamak dan menipu penyokong UmNo tegar serta orang Melayu yang lain? Adakah penyokong UmNo tidak dapat menilai perbuatan pemimpin seperti ini serta mereka yang melindungi perbuatan pemimpin yang culas ini.

Ingatlah, bila UmNo kuat mereka menindas rakyat, bila UmNo lemah mereka membantu rakyat. Sebab itulah apabila UmNo kalah di Selangor ini pelbagai kemudahan mula kita rasai. Kalau dahulu nak mintak padang permainan pun susah.... Nak perbaiki jalan pun kena gaduh dahulu. Tetapi apabila UmNo kalah barulah mereka berebut-rebut untuk berkhidmat untuk rakyat.

 
 
 
 
 
 
 
 

No comments: