Monday, December 12, 2011

Negara Berkebajikan: Tawaran PAS

Terbaru, Presiden PAS YB Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang telah melancarkan buku ‘Negara Berkebajikan: Tawaran PAS’ di Shah Alam yang mana antara intipatinya ialah 10 agenda berikut ;

1. Kerajaan beramanah, adil dan bersih
  • memperkukuh sistem federalisme
  • memperkasakan kembali amalan pemisahan kuasa
  • sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih
  • memulihkan agensi-agensi awam
  • mewujudkan suruhanjaya berkaitan siasatan awam
2. Masyarakat penyayang, aman dan bersatu
  • memperbanyak kewujudan badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan sosial
  • menyemak semula jumlah pengurangan dan pelepasan cukai
3. Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
  • menyusun kembali keutamaan pembangunan
  • penekanan sewajarnya terhadap program-program pembasmian kemiskinan
  • membudayakan penggunaan dinar emas dan dirham
  • menyemak kembali peraturan-peraturan yang mengawal pasaran dan persaingan
4. Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
  • memberi yuran pengajian percuma kepada anak-anak dari keluarga luar bandar berpendapatan RM1,500 ke bawah dan keluarga bandar berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk memasuki universiti-universiti awam.
5. Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
  • mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional
  • menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan
6. Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
  • memperkukuh dan memperkemas pengurusan zakat, wakaf
  • memberikan lebih kuasa dan peranan kepada masjid
  • meminimumkan karenah birokrasi
  • meningkatkan harga hartanah rakyat
  • membanyakkan jumlah peruahan kos rendah dan mampu milik
  • mewujudkan rumah-rumah sewa di bandar besar
7. Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
  • memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah semula jadi manusia
  • mewujudkan tabung khas khusus untuk suri rumah sepenuh masa
8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela.
  • mengadakan kuota minimum 15 peratus bagi tenaga kerja di semua peringkat
  • mengkaji semula struktur gaji dan terma perkhidmatan sektor awam
  • menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi
  • menaikkan Elaun Sara Hidup (Cola) sehingga RM500.
  • meminda akta berkaitan dengan gaji minimum
  • meletakkan seluruh kesatuan atau persatuan yang berkaitan dengan pekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja.
9. Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia

10. Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari

No comments: