Tuesday, December 6, 2011

Masa Depan UmNo Gerhana Jika Pakatan Rakyat Menang PRU13

'How about reading a reversed version of Najib's statement... just don't get confused'

SHAH ALAM, 5 Dis – Datuk Seri Najib Razak memberi amaran bahawa masa depan orang UmNo akan “gerhana” jika Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.

“Pilihan alternatif, adakah mereka lebih baik daripada apa yang ada sekarang? Adakah mereka boleh menjamin kuasa UmNo tidak dibuang atau kedudukan kita tidak terhakis? Bagaimana dengan maruah orang UmNo?” kata beliau pada pertemuan anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia’s (Pekida) di sini hari ini.

Najib juga memberi amaran negara akan menghadapi pelbagai perubahan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

“Kita akan terus mempertahankan pemerintahan sedia ada dan berjuang berhabis-habisan untuk menegakkan pemerintahan yang memperjuangkan martabat UmNo.

“Mereka (Pakatan) menawarkan janji alternatif yang menarik, sedangkan kita sendiri tahu sama ada mereka dapat menunaikannya atau tidak,” kata Najib.

Tambah beliau, rakyat tiada pilihan lain selain mengekalkan kerajaan sedia ada bagi memastikan kuasa UmNo ini terus terpelihara.

“Kita tiada pilihan lain, hanya kerajaan sedia ada yang mampu menjamin keamanan dan kesejahteraan UmNo, saya tidak dapat bayangkan sekiranya kita terlepas kuasa ini, masa depan UmNo akan berubah menjadi gerhana dan cita-cita kita akan terkubur begitu sahaja,” tegasnya merujuk kepada Pakatan Rakyat yang dilihat lebih berwibawa untuk mentadbir negara ini.

“Mereka belum memerintah, tetapi sudah mampu berjanji untuk memberi bulan dan bintang kepada rakyat,” katanya lagi menegaskan hanya Umno dan BN yang memperjuangkan martabat UmNo di negara ini.

“UmNo memang berat sebelah, memang rasis semenjak mentadbir negara ini sejak merdeka, bahkan tidak memberikan keadilan kepada semua,” tegasnya lagi.

Dalam ucapannya itu, Najib turut memberikan contoh negara-negara besar yang menghadapi pelbagai krisis akibat daripada pemerintahan yang tidak cekap seperti Greece dan Itali.

“Kerajaan telah gagal mentadbir negara dengan berhemah, sekiranya rakyat tersilap membuat pilihan sewaktu pilihanraya akan datang, tidak mustahil kita akan mengikuti jejak mereka,” katanya memberi ingatan kepada ahli Pekida yang hadir daripada seluruh negara.

Perdana Menteri turut menegaskan Umno-BN tidak akan sekali-kali membiarkan UmNo menjadi bangsa yang merempat di negara sendiri, dan beliau akan mempertahankan setiap inci negara daripada kekuasaan pembangkang bagi memastikan pemerintahan sedia ada terus kekal.

Kalau Melayu menolak UmNo kuasa Melayu lain akan memerintah negara.... pada masa itu gerhanalah UmNo.

No comments: