Friday, December 9, 2011

Apabila Manusia Hilang Maruah Dan Kewarasan


Kalau ya pun marah kat DAP kerana UmNo kalah dalam PRU12, janganlah sampai buat kerja yang mengaibkan diri sendiri. Kalau ya pun marah kerana Pulau Pinang diperintah oleh Cina janganlah buat kerja yang tak senonoh. Sudahlah menghina makanan membazir pula. Adakah kamu bangga punyai pemimpin yang mempunyai akhlak dan maruah seperti ini? 

Ketua menteri Pulau Pinang sebelum ni Melayu ke? Selama ini UmNo melantik orang Melayu jadi ketua menteri Pulau Pinang ke?

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Umno Pulau Pinang mengenepikan adab dan tatasusila orang Melayu Islam apabila bertindak menghadiahkan empat replika najis manusia sempena ulang tahun ke-51 kelahiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Tindakan jijik dan tak senonoh itu dilakukan sekumpulan lelaki yang dipercayai dari Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, sebuah NGO Umno yang diketuai oleh Mohamed Ghani Abd Jiman.

Mereka hadir ke bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), George Town tengah hari semalam dengan membawa empat bungkusan yang dihias seperti kek.

Bungkusan tersebut adalah replika najis manusia yang ditempah khas untuk dihadiahkan kepada Lim Guan Eng.

No comments: