Tuesday, August 5, 2008

Bulan Kemerdekaan Yang Suram

Sedar tak sedar hari ini sudah 5 Ogos 2008. Kita sudah memasuki Bulan Kemerdekaan yang disambut setiap tahun pada 31 Ogos. Tahun ini kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51. Persoalan samada kita betul-betul sudah bebas dari penjajah adalah soal kedua. Pokoknya pada 31 Ogos kita sudah terlebas dari belenggu penjajahan secara fizikal.


Malangnya, dek terlalu sebuk dengan kemelut politik baik dari Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat, tiada sebarang aktiviti yang ligat dirancangkan bagi memeriahkan SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA yang KE 51. Walaupun kita mula melihat aktiviti memasang papan-papan iklan sudah bermula. Tetapi saya amat yakin masih ramai yang tak perasan yang tarikh keramat itu semakin hampir. Begitu juga hampirnya tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Mungkin masih terlalu awal untuk kita membincangkan Sambutan Kemerdekaan ini. Tetapi pada pandangan saya, walaupun sesiapa sahaja memerintah diperingkat pusat atau negeri, bulan Ogos perlu disambut sebagai suatu kemenangan. Dan yang lebih penting bulan Ogos juga perlu dijadikan inspirasi kepada setiap rakyat untuk memikirkan cara untuk mengisi kemerdekaan tersebut supaya kemerdekaan itu diisi mengikut acuan Negara Malaysia.

Apa yang malangnya, ahli politik lebih menyebokkan diri tentang:-

  1. Pilihanraya kecil Permatang Pauh.
  2. Kes 'liwat tipu' Shaiful Bukhari Azlan.
  3. Ezam dangan azamnya.
  4. Monggolia.
  5. Pemilihan Agung UMNO yang diselubungi dengan RM, ugut dan cabar.
  6. Nak lawan atau tak lawan presiden UMNO.
  7. Pak Lah yang tak turun-turun.
  8. Kak Fidah yang menangguhkan masa turunnya.
  9. Minyak yang tak turun-turun walaupun di pasaran dunia dah turun.
  10. Harga barang keperluan yang naik tak turun-turun.
Sedih sungguh kerana mendapat pemimpin yang hanya memikirkan aspek politik semata. Mereka terus berhempas-pulas mempertahankan kedudukkan mereka tanpa memikirkan nasib rakyat yang berhempas pulas menyara hidup yang semakin terhimpit. Apakah kerajaan BN kini ingin menikmati hujung-hujung usia dan mengira-ngira nafas terakhir mereka.

No comments: