Wednesday, August 20, 2008

JAIS anjur program bebaskan Al-Quds

Saidah Hairan
Tue | Aug 19, 08 | 7:22:22 pm MYT

SHAH ALAM, 19 Ogos (Hrkh) - Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) serta Muslim Care Society Malaysia (Muslimcare) menganjurkan program bebaskan Al Quds dan Masjidil Aqsa sempena Naqbah 60 tahun kewujudan negara haram Israel.

Menurut AJK PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron bermula tarikh itu bermakna jihad umat Islam untuk membebaskan Masjidil Aqsa dan kota suci Al-Quds bermula dan sebagai umat Islam seluruh dunia wajib bersama melaksanakannya dengan kemampuan yang ada.

Tema "Al-Quds: Tanggungjawab Kamu!" bertarikh 21Ogos genap 30 tahun usaha pelampau Zionist Yahudi memperkosa Masjidil Aqsa dan mahu memusnahkan Qiblat Pertama dan Masjid Suci Ke-3 umat Islam.

Katanya, mereka akan teruskan usaha itu sehingga tapak kota suci tersebut berjaya dirobohkan dan membina Haykal (tempat sembahyang) kaum Yahudi di atas tapak tersebut.

"Alhamdulillah untuk tahun ni, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jais menjadikan program ini sebagai program rasmi demi untuk memberi kesedaran kepada umat Islam," katanya.

Selain itu tambah beliau, program itu juga bagi mengumpul dana yang akan diserahkan kepada perjuangan umat Islam di Palestin bagi membebaskan negara mereka.

Antara aktiviti yang akan dijalankan sempena mengingati hari Al-Quds ialah Majlis Pelancaran Al-Quds & Forum Perdana Tarikh / Masa : Jumaat 22 Ogos jam 8 malam Lokasi : Stadium Bangi Perasmian : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Ahli Panel : Dato' Harun Din, Dato' Ismail Kamus dan Dato' Hasim Yahya Moderator : Dato' Dr Hasan Ali Tajuk : Al-Quds, Antara Cabaran & Harapan

Forum Khas Naqbah 60 Tahun Palestine & Persembahan Artist & Multimedia Bebaskan Al-Aqsa Tarikh / Masa : Sabtu 23Ogos jam 8 malam Lokasi : Dataran Shah Alam Ahli Panel : Haji Mohamad Sabu, Dr Azhar Yaakob, dan Wakkil Hamas Moderator : Ustaz Mohd Nazmi Karim

Ceramah Khas Al-Quds - Tanggungjawab Kamu (Dalam Program Golongan POP, Masjid Negeri Shah Alam) Tarikh / Masa : Khamis 21 Ogos jam 9 malam Lokasi : Masjid Negeri Shah Alam, Dewan Kulliyyah Kehadiran : Persatuan POP dan Rakyat Umum Tajuk : Al-Quds, Antara Cabaran & Harapan

Khutbah Jumaat Khas Al-Quds, Tanggungjawab Kamu Tarikh / Masa : Jumaat 22 Ogos Lokasi : Seluruh Masjid di Negeri Selangor

Kutipan Derma pada Hari Jumaat 22 Ogos Lokasi : Seluruh Masjid di Negeri Selangor

Pameran Al-Quds Tarikh / Masa : 21 Ogos -24 Ogos jam 10am ~ 8pm Lokasi : Kompleks PKNS, Masjid Negeri, Dataran Shah Alam, Stadium Bangi

Dialog Khas "Palestine" di Gereja Divine Mercy Shah Alam Tarikh / Masa : Sabtu 23 Ogos jam 8pm Lokasi : Gereja Divine Mercy, Glenmarie, Shah Alam Ahli Panel : YB Tuan Haji Khalid Samad, Dr Muhyiddin Kadir, Wakil Paderi Gereja Divine Mercy Kehadiran : Tertutup, khas untuk ahli persatuan Gereja Divine Mercy.

Seluruh Ummat Islam dijemput hadir ke program-program yang tersebut di atas. Siri program ini akan berterusan hingga pertengahan ramadan bersama tetamu khas bekas khatib Masjidil Aqsa dan bekas rektor universiti Ghaza, Palestin, Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam.

No comments: