Wednesday, August 6, 2008

Terbaru

Pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditetapkan 26 Ogos ini dengan hari penamaan calon 16 Ogos. Pengumuman tarikh pilihan raya itu dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuaratnya, di sini, tengah hari ini.


Anwar akan didakwa esok kerana liwat

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok atas kesalahan meliwat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata tindakan mendakwa Anwar diambil selepas pejabat Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa beliau.

Satu notis bertulis kepada Anwar telah dikeluarkan untuk hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta jam 10 pagi esok, kata Ismail dalam kenyataan di sini hari ini.

No comments: