Monday, August 18, 2008

Pesanan Untuk Pengundi Dan Petugas Di Permatang Pauh

Permatang Pauh bakal menterjemahkan respon rakyat terhadap perubahan politik pasca PRU 8 Mac 2008. Kesedaran politik rakyat semakin meningkat dan dengan perubahan ini akan dizahirkan dalam keputusan pilihanraya 26 Ogos ini.

Rakyat kini mula sedar bahawa mereka bolah menukar kerajaan dan menabalkan kerajaan yang lebih baik jika kerajaan yang ada gagal memberi khidmat yang memuaskan. Kita sedia maklum bahawa orang Melayu biasanya akan mengikut suara majoriti.... mana yang kuat itulah yang di ikut. Kini dilihat majoriti rakyat Malaysia bersama PR. Ini juga dapat dilihat melalui jumlah mereka yang hadir semasa penamaan calon pada 16 Ogos lepas.

BN kini berada didalam keadaan yang amat terdesak dan akan melakukan apa sahaja untuk menang. Kemenangan PR di Permatang Pauh bermakna keranda untuk BN telah tersedia. Kemenangan PR bakal melengkapkan perubahan senario politik tanahair.

Perlu di ingat bahawa akibat dari kemenangan PR di Permatang Pauh adalah amat besar kepada PM, TPM, kabinet dan juga pemimpin BN di seluruh peringkat. Ini bermakna BN kini berada di dalam keadaan yang amat runcing. Dibimbangi mereka akan melakukan sesuatu yang di luar batasan bagi mengekalkan kuasa yang ada sekarang.

Kini episod sumpah liwat sudah bermula, esok mereka akan tabur duit, lusa mereka akan tipu rakyat, tulat mereka akan ugut rakyat, dan lagi mereka akan fitnah, dan lagi.... lagi.... lagi.... sehingga matlamat mereka tercapai.... Kuasa Mutlak.

Pengundi perlu sedar bahawa kemenangan PR bakal meningkatkan maruah dan harga diri rakyat. Bila kerajaan sedar bahawa rakyat punya kesedaran ini barulah kerajaan akan berkhidmat untuk rakyat dan bukannya menghambakan dan memperbodohkan rakyat. Kuasa rakyat untuk menukar kerajaan yang zalim, korup, memindas dan pelingkup harta negara.....

Selamat mengundi dan merubah nasib rakyat. Terjemahkan harapan 27 juta rakyat Malaysia pada 26 Ogos ini.

No comments: