Friday, August 8, 2008

Rukunegara

Sempena hari kemerdekaan yang bakal menjelang, marilah kita renungkan semula isi kandungan Rukunegara yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970. Kita nilai semula perjuangan kita. Kita aturkan mana yang telah menyimpang. Kita luruskan apa yang telah bengkok. Kita tajamkan apa yang tumpul .Kita uraikan mana yang kusut.

Kemana arah perjuangan kita? Sebagai khalifah di muka bumi ini, apakah tanggungjawab kita? Adakah kita berjuang hanya untuk parti atau kita memikul amanah yang lebih besar iaitu menjunjung kebenaran dan menghancurkan kebatilan? Seterusnya menyerahkah hak kepada yang berhak dan mengambil hak daripada mereka yang zalim.

Marilah kita nilai semula maksud disebalik Rukunegara ini.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Semua rakyat perlu hidup dengan Tuhan dan dengan kepercayaan kepada Tuhan memberi maksud semua orang perlu beragama. Maka tidak benar jika kita kena menghidupkan sistem sekular di Malaysia. Oleh kerana Islam adalah agama resmi sejak zaman kesultanan Melaka dan Tanah Melayu maka pemerintahan Malaysia perlulah bersandarkan keadilan Islam yang amat mengambil berat hak orang lain dan juga semua makhluk di dunia ini. Kecuali anda boleh mencari agama lain yang lebih sempurna daripada Islam.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Kedudukan Raja perlu dipelihara kerana itulah warisan pemerintahan Tanah Melayu. Kita perlu menghormati adat dan tradisi warisan bangsa. Disitulah lahirnya bangsa yang bermaruah. Raja perlu diberi nasihat oleh mereka yang amanah dalam ilmu mereka. Seterusnya kita perlu mendahulukan kepentingan negara kita sebelum memberi hak kita kepada orang lain. Jangan gadaikan negara semata-mata untuk mengambil hati negara lain.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Kita perlu menjunjung panduan yang telah dipersetujui. Panduan ini perlulah selaras kepada dua perkata diatas. Sekiranya ianya bercangah maka ianya perlu diperbaiki, dihujah dan dipersetujui badi manfaat bersama. Perlembagaan adalah ciptaan pemerintah untuk rakyat bagi panduan hidup bernegara dan ianya boleh diperbaiki dan dipinda dari semasa ke semasa untuk manfaat umat.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang perlu ditegakkan dan ianya perlu untuk memberi keadilan kepada semua peringkat masyarakat. Undang-undanglah yang akan menyusun cara kita bermasyarakat. Oleh itu ianya perlu adil dan keadilan itu perlu dilihat kepada kontek yang lebih luas dan bukan hanya untuk menguntungkan segolongan pihak dan menindas yang lain. Sekiranya wujud undang-undang yang lebih adil maka kita perlu mengambil yang lebih adil itu. Maka undang-undang hendaklah diambil daripada pencipta manusia sebagai asas untuk membentuk undang-undang yang lebih adil untuk makhluknya. Manusia mempunyai kepentingan sedangkan pencipta lebih tahu akan ciptannya. Tidak percaya kepada pencipta maka tidak bertuhan dan ia bercangah kepada Rukunegara yang pertama.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Akhlak adalah kunci utama hidup bermasyarakat. Akhlak hanya wujud jika kita beragama. Akhlak akan terpelihara jika kita mempunyai kepercayaan. Akhlak adalah ukuran masyarakat yang bertamaddun.

Siapa kata negara Malaysia bukan negara beragama? Cuma macam mana kita menterjemah dan menilai sesuatu perkara. Penilaian hanyalah pendapat manusia yang tidak semestinya betul. Kembalikan hak kepada yang berhak. Selamat menyambut kemenangan. Merdekakan jiwa merdekakan minda. JMA.
________________________________

Rukunegara telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 13.

Pengisytiharan

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
  • memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

No comments: