Friday, August 15, 2008

Sekadar Renungan


Bukan niat untuk mengungkit dan menimbulkan masalah hanya sekadar renungan. Setelah kejayaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan di Kedah, P. Pinang dan Selangor serta mengekalkan Kelantan rakyat mula membuka mata. Selepas pembentukkan kerajaan dan perlantikkan exco kerajaan negeri, semakin jelas kita dapat melihat hala tuju politik negara ini.

Kita sedar bukan mudah untuk mencapai kata sepakat dalam masa yang singkat dalam pembentukkan sebuah kerajaan. Berapa banyak telah berlalu apabila kerajaan baru tertubuh sengketa meledak dan hasilnya kerajan yang ditubuhkan terumbang-ambing serta berbalah sesama sendiri dek kerana berebut kuasa. Inilah yang berlaku dalam sejarah apabila rakyat India mengusir British dari India. Mereka berebut kuasa dan bertelagah hingga akhirnya British menguasai semula India. begitu juga dengan Afganistan. Pejuang yang berperang bertahun lamanya sehingga berjaya mengusir Russia dari negara mereka akhirnya mereka berperang sesama sendiri yang kini Amerika pula menduduki negara mereka.

Kita ingin mengelak ini semua. Dan dengan hikmah pemimpin PR kita berjaya membentuk kerajaan dan mengelak sengketa. Tetapi adakah ianya akan berakhir setakat itu. Benyak perkara masih perlu diperbaiki. Sebagai contohnya komposisi exco kerajaan negeri. Saya melihat ia lebih cenderung kepada pembahagian antara parti didalam PR semata-mata tanpa mengambil kira jumlah perwakilan seluruh Dewan Undangan Negeri termasuk dari BN. Akibatnya kita melihat komposisi bangsa exco tidak mengambarkan komposisi sebenar DUN. Akibatnya bangsa yang sepatutnya dominan di DUN tidak mendapat tempat yang sewajarnya. Ini amat jalas berlaku di Selangor, Perak dan P. Pinang.

Perkara ini akan menjadi isu sensitif sekiranya ianya tidak dibendung dari awal. UMNO akan menggunakan modal ini bagi menakut-takutkan orang Melayu kepada PR. Ini telah mula berlaku di P. Pinang, Perak dan Selangor. UMNO akan menjaja yang Melayu akan terus terpinggir sekiranya BN tidak diberi kuasa semula. Mereka mendakwa Melayu akan jadi seperti di Singapura terbiar, tersisih dan merempat di negara sendiri.

Pemimpin PR perlu peka dalam isu ini. Ianya bukan isu kecil dan ianya berpotensi menjadi duri dalam daging atau api dalam sekam. Sekiranya PR tidak berusaha membetulkan keadaan ini PR mungkin akan menghadapi masalah bagi mendapatkan sokongan orang Melayu. Saya harap PR mula bertindak sekarang dan merancang untuk memperbaiki keadaan ini. Sebagai langkah awal pembentukkan exco perlulah mencerminkan jumlah komposisi bangsa dalam DUN dan bukannya gabungan PR semata-mata. Begitu juga dangan pembentukkan majlis dan lain-lain jawatan sokongan. Inilah sepatutnya yang menjadi asas kekuatan kita.

Diharapkan dengan langkah awal ini kita dapat mengembalikan keyakinan rakyat dan meningkatkan sokongan masyarakat kepada PR. Mudah-mudahan kita dapat membentuk sebuah negara yang lebih makmur untuk semua .

Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 51. Menuju kemenangan di dunia dan di akhirat.

No comments: