Oleh Faisal Idris & Pena SM, Selangor Today
Dari banyak SMS, warkah letronik dan panggilan dari rakan dan bukan rakan, samada dari kem PR lebih-lebih lagi UMNO tidak satu yang memberikan ‘respons positive’ terhadap kenyataan MB Selangor TS Khalid Ibrahim.
Lebih kacau lagi apabila segerombolan anak sekolah dari UiTM berarak tunjuk perasaan secara impromptu “tanpa permit” oleh berkuasa polis membantah kenyataan TS Khalid mencadangkan dilonggarkan pengambilan pelajar UiTM sebanayak 10 persen kepada rakyat Malaysia bukan Melayu/bumiputera.
Tiba-tiba, UiTM melanggar akta Kolej Universiti secara terang dan ‘robust’. Oh! Demi kepentingan bangsa melayu, (sebut UMNO), Ibrahim Abu Shah, menyerlahkan misai tebal ular sawa ala filem panglima haimau berantainya, menghalalkan apa yang diharamkan bagi pelajar pusat pengajian tinggi.
Begitulah longlainya jatidiri seorang yang kelihatan garang, tidak lebih seekor harimau sarkis yang dimengikut telunjuk “beastmaster”. Maka selepas ini jika AUKU di langgar atau dituntut dibatalkan secara total, maka janganlah ‘intelek’ dokongan politik seperti Ibrahim Abu Shah dan yang sewaktu dengannya bersuara sepatahpun.
Bergegar Shah Alam, bandar melayu. Terkejut beruklah, beruk-beruk di Taman Seri Cahaya, Shah Alam, ternganga gagak dirimba kecil itu melihat betapa cetek tindakan seorang melayu yang tergantung pelbagai gelar-gelar gah dan tinggi derajatnya.
Maka terlukislah dengan jelas seurat lagi kangkung pada era milleneum ini. Kita berfikir, kangkung-kangkung intelek ini hanya wujud ketika ia diistilahkan oleh Professor Diraja Ungku Aziz lebih satu dekad lalu.
Rupa-rupanya kangkung-kangkung masih bercambah dan hidup subur atas tatangan arus politik bobrok UMNO. Entah bila akan lahir seorang lagi “world citizen” seperti Pak Ungku jika begini senario sebuah universiti. Apakah musim durian tahun ini bersaing dengan musim badut-badut menonjolkan diri?
Dengan menghumban intelektuilisma mereka kedalam longkang kejumudan dan kecelaruan, mereka berebut-rebut menghentam MB Selangor TS Khalid Ibrahim tanpa memberi ruang kepada daya intelek untuk beraksi.
“Oh, itulah Melayu. Itulah melayu glokal. Cepat latah dan cepat “run amok”, tidak kiralah apa akronim yang tertulis selepas nama mereka.
Amat memalukan bila mereka ini buta sejarah dan buta minda ata sengaja menutup minda mereka menurut kehendak tatangan politik anutan mereka - politik UMNO berbaju BTN.
Sejarah tidak dapat berbohong. Ia ibarat titisan DNA yang tidak akan berubah sampai akhir nanti kecuali ia dinodai leh tangan kotor yang sanggup melakukannya untuk kelangsungan politik atau sesuatu yang berniatkan keuntungan. Mari kita teliti beberapa rentetan sejarah di bawah ini.
Kes Pertama
Sejarah telah menunjukkan betapa UMNO lah selama ini yang menghianati bangsa Melayu dalam isu pendidikan dan penggunaan bahasa Melayu dalam ssstem pendidikan Negara.
Menyusuri kegemilangan pendidikan melayu, kita dapat melihat bagaimana Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Trainning College-SITC) ditubuhkan di Tanjung Malim Perak oleh kerajaan British dengan kerjasama Sultan Perak pada tahun 1921. SITC menjadi pusat melatih bakal-bakal guru yang terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera.
Sehingga pertengahan 1990-an, SITC terus berkembang, termasuk ditukar nama, menjadi MPSI (Maktab Perguruan Sultan Idris) dan IPSI (Institut Perguruan Sultan Idris). Pada akhir 1950-an, SITC mula menerima pelajar perempuan, iaitu diawali dengan penyerapan sekumpulan pelajar perempuan daripada Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
Antara Pengetua SITC yang tersohor, OT Dussek, menubuhkan Pejabat Karang Mengarang pada awak 1920-an. Namun yang terpenting, O.T Dussek berusaha keras agar “SITC hanya dikhususkan untuk melatih bakal guru daripada kaum Melayu (termasuk dari Singapura, Sumatera dan Brunei) dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sahaja..”
Dasar O.T Dussek dipertahan oleh pensyarah-pensyarah dan pengetua Melayu seperti Zainal Abidin Ahmad (Pendita Za’aba), dan aktivis pelajar Melayu ketika itu, antaranya Ibrahim Yakob, Tun Abdul Ghaffar Baba dan Buyung Adil.
Ketika Za’aba mengetuai SITC, dari 1930-an hingga 1940-an, Pejabat Karang Mengarang terus dikembangkan fungsi hingga berjaya menebitkan banyak buku, majalah dan risalah. Antara terbitan terkenal, Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa, karangan Za’ba.
Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menjadi Menteri Pendidikan Malaysia, 1984-1989, beliau pernah mengingatkan agar “roh” Pejabat Karang Mengarang terus disuburkan dalam usaha mengembangkan dan memasyarakatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, bahasa penghantar ilmu/pendidikan, bahasa komunikasi dan bahasa pentadbiran negara Malaysia.
Peranan Najib Razak
Pada 1998 SITC-MPSI-IPSI dinaik taraf menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau kemudian membuat pengumuman agar UPSI dibuka seluas-luasnya untuk kaum bukan Melayu/Bumiputera. Malahan, setahun kemudian, di UPSI tenaga pengajar daripada kaum Cina dan India dilihat semakin bertambah bilangan.
Kini, di UPSI, baik pelajar mahupun pensyarah daripada kaum Cina dan India (termasuk yang bertaraf Profesor) hampir-hampir menyamai peratusan yang diperuntukkan kepada kaum Melayu dan Bumiputera. Ternyata, dasar dan harapan yang dipahat oleh OT Dussek, dan cuba dikekalkan oleh Za’aba serta sejumlah pejuang bangsa Melayu seperti Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba dan Alllahyarham Cikgu Buyung Adil, dikhianati oleh orang Melayu sendiri.
Siapakah pengkhianat bangsa Melayu? Kalangan pemimpin UMNO yang terpaksa mengalah kepada kehendak MIC dan MCA dalam Barisan Nasional. Mengapakah Persatuan atau Pertubuhan Melayu tidak heboh?
Kes Kedua
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 1970, dengan menumpang Bangunan Maktab Perguruan Lembah Pantai. Pada 1977, UKM beransur-ansur beroperasi di kompleks bangunan sendiri di Bangi. Semua orang ketika itu tahu, UKM ditubuhkan untuk membela kaum Melayu dan Bumpiutera, berikutan Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969, yang mencabar hak dan ketuanan orang Melayu khususnya.
Pada tahun 1970-an hingga awal 1980-an, nampaknya kalangan pemimpin dan pemikir Melayu seperti Tun Abdul Rahman Yaakob, Allahyarham Datuk Harun Idris, Syed Jaafar Albar, Tun Syed Nasir Ismail, dan Profesor Ismail Hussein cuba sungguh-sungguh agar UKM dikhususkan untuk kaum Melayu dan Bumiputera, di samping bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.
Namun, menjelang pertengahan 1980-an, pemimpin-pemimpin parti Melayu sendiri (UMNO) yang mengalah terhadap desakan pemimpin-pemimpin MCA dan MIC, agar pintu UKM dibuka beberapa peratus kepada pelajar bukan Melayu/Bumiputera. Kabarnya, mula-mula MCA dan MIC hanya minta 5%, tetapi hari ini nampaknya, di beberapa fakulti tertentu, dominasi pelajar Cina dan India hingga 70%.
Siapakah yang mengkhianti kaum Melayu dan Bumputera? Ada kah berlaku riuh rendah hiruk pikuk oleh mana-mana pihak seperti sekarang?
Kes Ketiga
Pada Julai 2008, Jabatan Perkhidmatan Awam mengumumkan pemberian biasiswa hingga kuota 45% kepada pelajar bukan Melayu/Bumiputera. Sebelumnya kuota hingga 60% peruntukan biasiswa hanya kepada pelajar Melayu/Bumputera.
Bangkangan terhadap tindakan JPA dibincangkan di Parlimen. Namun, Datuk Nazri Aziz [Menteri (UMNO) di Jabatan Perdana Menteri], mempertahankan tindakan JPA.. Kini dasar pemberian biasiswa kepada pelajar Cina/India tetap diteruskan. Siapakah mengkhianati hak kaum Melayu dan Bumiputera?
Tanah Rezab Melayu
Sekali lagi, mengapakah orang Melayu terus melenting jika yang menyuarakan pandangan itu hanya kerana dia pemimpin Melayu yang bukan ahli UMNO? Walhal, berapa banyak hak istimewa dan tanah rezab Melayu yang digadaikan oleh pemimpin UMNO kepada kaum lain. Apa yang terjadi kepada tanah milik melayu di Pulau Pinang? Nah, mengapakah orang Melayu tidak menghentam habis-habisan?
Bank Bumiputera
Lihat apa yang terjadi kepada Bank Bumiputera yang ditubuhkan melalui resolusi Konvensyen Ekonomi Bumiputera ke 3, yang antara lain menggariskan keperluan sebuah institusi kewangan yang dapat memangkin kekuatan ekonomi bumiputera?
Begitu aib bagi orang melayu bila sebuah bank yang begitu banyak berjasa dan menyelamatkan ramai usahawan dan pemimpin UMNO ketika kegawatan ekonomi satu masa dahulu, ditelan dengan mudah oleh entiti yang lebih kecil. Mengapa tiada yang bercakap dan membantah?
Kesimpulannya, dari beberapa kes yang sempat diketengahkan jelas menunjukkan bahawa yang memberi atau membahagi itu tidak lain daripada kalangan pemimpin UMNO sendiri.
Mengapakah kalangan pemimpin UMNO/Persatuan, dan pelajar Melayu tidak tentang habis-habisan? Mengapa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang dipimpin oleh Reezal Merican Naina Merican yang juga Setiausaha Politik kepada Dolah Badawi tidak berdemonstrasi di jalanan?
Mengapakah Profesor Ismail Hussein tidak bersuara?
Mengapakah Canselor UiTM Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah tidak menunjukkan misai tebalnya menentang hak-hak Melayu dan Bumiputera yang sewenang-wenangnya diserahkan kepada kaum Cina dan India oleh kalangan pemimpin UMNO? Mengapakah Dr. Mohd Khir Toyo mendiamkan diri? Oh, ya, waktu itu Khir Toyo hanyalah budak hingusan yang belum pasti kemelayuannya.
Sebaliknya, berfikirlah secara positif terhadap “cadangan” Tan Sri Abdul Khlaid Ibrahim. Beliau hanya mencadangkan, yang jika dilaksanakan, boleh menimbulkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar Melayu-Bumiputera-Cina-India-lain.
Sebenarnya Khalid Ibrahim hanya menjawab soalan bagaimana mahu mempertingkatkan daya capai pelajar UiTM dan “cadangan” Khalid itu berperasangka baik “setelah dibuat kajian teliti” namun sikap jumud dan ektrim melayu yang membabi buta serta memalukan telah ditunjukkan oleh para “cendikiawan kangkung” tatangan politik UMNO yang memanasi menara-menara gading seperti UiTM.
Di samping itu, perpaduan antara kaum semakin kukuh, malah inspirasi mewujudkan ‘Bangsa Malaysia’ semakin terserlah. Malah, sektor swasta yang banyak dimonopoli oleh kaum Cina sedia membuka pintu masing-masing dengan mengambil bekerja graduan daripada UiTM.
Inilah, antara pandangan tersirat Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor masakini.
Orang Melayu perlu membuka minda dan tangkas menerima realiti sebenar dalam isu-isu berkaitan melayu yang selama ini dikhianati oleh sikap “double standard” dan ‘chauvinist’ melayu amalan UMNO/Barisan Nasional.
Masanya sudah sampai bagi para bakal graduan di pusat pengajian tinggi terutama UiTM yang menjadi focal point isu pendidikan melayu masakini keluar dari bebanan ‘kaduk bawah tempurung’ dan melirik realiti serta berani menerjah dunia terbuka hari ini.

No comments:
Post a Comment