Monday, August 11, 2008

MINYAK DUNIA TURUN.... KITA BILA LAGI?

Pasaran minyak mentah dunia terus menunjukkan aliran penurunan yang kini mencecah USD115 satu tong. Begitu juga dengan harga gasoline atau petrol kini telah turun ke USD2.8998 satu gelen. Cuma apa yang menghairankan sehingga kini kerajaan masih menjadikan 1 September 2008 sebagai tarikh untuk menilai semula harga minyak. Sedangkan rakyat terus membayar harga yang tinggi untuk harga minyak.

Apakah UMNO ingin menggunakan penamaan calon Permatang pauh sebagai tarikh pengumuman itu? Adakah UMNO mahu mengula-gulakan rakyat dan menunjuk baik semasa pilihanraya sahaja? Apakah penggundi akan termakan tektik ini.

Persoalan yang masih tidak terjawab ialah tanda aras yang akan diguna oleh kerajaan untuk menetapkan harga minyak negara. Adakah kerajaan akan menggunakan indek NYMEX atau mana-mana index pasaran? Ataupun kerajaan mengunakan harga perbandingan dengan lain-lain negara. Di sini ketelusan kerajaan untuk menetapkan harga perlu dinyatakan.

Kerajaan perlu bertindak segera bukan kepentingan politik tetapi diatas keperluan rakyat yang amat mendesak. Kini rakyat masih lagi terbeban dengan pelbagai kos sara hidup yang terus meningkat sedangkan pendapatan masih di takuk lama. Tekanan yang beterusan ini akan mencetuskan masalah sosial yang semakin gawat. Ini tidak termasuk tekanan perasaan yang terpaksa ditanggung. Sedangkan kerajaan terus mengenakan tekan cukai dan pelbagai bayaran yang menghimpit poket kita.

Kita memohon keadilan, kita mohon perubahan dan kita mohon undi dari pengundi Permatang Pauh untuk mengubah keadaan ini. TURUNKAN MINYAK.

No comments: