Friday, August 1, 2008

TURUNKAN HARGA MINYAK SEKARANG......!

Setelah lebih dua minggu minyak dunia turun baru Pak Lah perasan. Tak kan Lah nak tunggu penamaan calon Permatang Pauh baru nak umumkan harga minyak baru. Kita sama-sama lihat, dia turun RM0.70 atau setakat RM0.55 sahaja. Sebab Sdr Anwar kata nak turunkan RM0.50 dalam debat maka BN perlu nampak lebih baik dengan turunkan lebih dari 50 sen.

Tunggu......................
_____________________________________
PM akan umum penurunan harga minyak

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam berkata beliau akan mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel minyak selepas beberapa butiran berkaitan selesai diteliti berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia sekarang..

"Kita dah bincang dalam mesyuarat jemaah menteri baru-baru ini cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaharui sebelum saya membuat kenyataan atau pengumuman, tunggulah...Saya kalau boleh nak buat la ni (sekarang)," katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri di sini, tengah hari ini.

No comments: