Abdullah berkata, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk mencadangkan supaya kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera.
Ini bukan dia punya kuasa. Hal yang berkaitan dengan pengambilan (pelajar) adalah hal yang berkaitan dengan institusi pengajian yang berkenaan," kata beliau selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di Serdang, Selangor.
Dalam pada itu, Khalid pula berkata, syor supaya UiTM dibuka 10 peratus kepada bukan Bumiputera dibuat dengan niat yang baik demi kepentingan semua pihak.
Kata Khalid, beliau memang sedar pihaknya tiada kuasa untuk menentukan kuota pengambilan penuntut bukan Bumiputera belajar di UiTM.
"Saya sedar UiTM sudahpun mengambil pelajar bukan Melayu dan kebanyakannya adalah dari luar negara," katanya selepas menghadiri sesi dialog belanjawan negeri di Subang Jaya hari ini.
Dengan menetapkan kuota, jelas beliau, ia boleh dilakukan dengan sistematik manakala bukan Bumiputera pula akan jelas tentang peluang menyertai UiTM.
"Saya tidak melihat apa-apa kekurangan jika membuka institut ini kepada semua dan saya juga tidak merasakan satu kesalahan bagi saya memberikan pandangan sedemikian," katanya lagi.
Sehubungan itu, kata Khalid, kerajaan negeri Selangor juga bersedia menemui wakil penuntut UiTM untuk menjelaskan pendirian tersebut.
Menurut Prof Koo Kay Kim, UiTM sebelum ini pun pernah membuka kuota 10% kepada bukan bumi putera cuma mereka tidak berminat untuk memohon kerana rasa kurang selesa untuk belajar dikalangan 90% orang bumiputera.

No comments:
Post a Comment