Sekali lagi negara dilanda kemelut yang tidak berkesudahan. Terbaru kontroversi penggunaan perkataan 'Allah' oleh agama lain. Maka sekali lagi pelbagai pendapat yang keluar. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Yang setuju punya hujah yang tersendiri, manakala yang tidak pula punya alasan yang lain pula. Orang awam... seperti biasa, keliru dan ada yang mencari jalan mudah menerima sahaja apa yang dibaca dan didengar dari media perdana. Akibatnya pelbagai kolompok wujud dalam masyarakat.
Insyallah PAS pusat akan mengeluarkan kenyataan resmi sedikit masa lagi. Ianya merupakan pandangan resmi PAS yang perlu dihormati dan diterima pakai oleh semua ahli dan penyokong PAS. Sementara kita menunggu kenyataan resmi, marilah kita mengambil sedikit masa memikirkan semula isu ini. Bukannya untuk membuat hukum atau keputusan, cuma kita cuba memikir diluar kotak minda kita dan mencambahkan pemikiran. Mungkin kita sudah ada punya alasan tersendiri. Tetapi ambillah ini sebagai pandangan kedua.
Cuba kita jawap persoalan ini dengan membuat pelbagai persoalan yang lain pula:
- Kenapa kita ubah dari menggunakan perkataan tuhan kepada Allah? Adakah kini pihak Gereja telah membuat pengiktirafan bahawa tuhan yang sebenar dan tiada tuhan lain melainkan Allah. Tuhan Yang Maha Esa. Ini adalah kerana menurut Kamus Dewan Online Allah adalah memberi manka r Tuhan (Yg Esa); ~ azzawajalla Tuhan Yg Maha Baik dan Maha Mulia; ~ subhanahu wa taala terpujilah Tuhan yg Maha Tinggi; kerana ~ a) oleh kehendak Allah; b) dgn percuma (utk mendapat pahala sahaja);Sekiranya pihak gereja mengambil Allah sebagaimana pengertian Allah yang digunakan oleh bahasa Melayu maka secara tidak langsung maka tuhan mereka juga adalah Allah Tuhan Yang Maha Esa. Ataupun ini satu pengakuan bahawa tuhan orang Kristian selama ini salah.
- Kalau semua agama telah mengiktiraf dan menerima tuhan yang sebenarnya adalah Allah maka kita boleh mengubah rukun negara. Maka kita bolehlah mengubah rukun negara yang pertama kepada: Kepercayaan kepada Allah. Saya harap mereka setuju.
- Sekiranya semua agama telah menerima Allah sebagai tuhan maka apakah alasan mereka untuk menafikan Islam adalah agama yang benar. Ini adalah kerana secara istikomah dan konsistan Islam menggunakan Allah bagi merujuk kepada tuhan yang sebenar.
- Memandangkan alasan bahasa Melayu menjadi hujah mereka, maka Allah tidak boleh ditakrifkan dengan istilah lain selain daripada istilah yang telah termaktub didalam kamus Melayu yang muktabar dan telah dipersetujui oleh pakar bahasa Melayu dan orang Melayu sendiri.
- Kenapa pilih perkataan 'Allah' dan bukannya perkataan 'Tuhan'. Gereja telah menggunakan alasan bahawa God itu dalam bahasa Melayu adalah Allah; sedangkan dalam Bahasa Melayu God itu boleh di terjemah juga kepada Tuhan. Kenapa memilih Allah dan bukannya tuhan?
Ataupun orang Kristian telah sedar dan mengaku bahawa selama ini mereka telah bertuhankan tuhan yang salah. Baru kini mereka sedar bahawa tuhan yang sebenar adalah Allah yang Maha Esa.
Oleh itu masuklah Islam dan marilah kita bertauhidkan hanya Allah tuhan yang Maha Agung, tuhan yang esa, tidak beranak dan diperanakkan. Tiada tuhan lain melainkanNya. Selepas mengambil Islam sebagai agama...... selepas itu gasaklah kalau nak guna perkataan Allah pagi, petang, siang, malam.... Siapa pun tidak pertikai.
Dulu Tun M pernah bertekak dengan Singapura atas nama kepentingan negara. Akibatnya semua rakyat menyokong pendirian Tun M. Tiba-tiba pilihanraya..... Sokongan Melayu kekal kuat kepada Tun M. Kesannya BN/UM NO menang besar..... Adakah episod yang sama akan berulang.
UM No kalau mereka mahu, dia boleh mengunakan kuasa Menteri bagi menghalang penyebaran akhbar tersebut sebagaimana yang mereka selalu buat kepada Harakah, Siasah dan lain-lain penulisan yang tidak menguntungkan UM NO termasuk Gedung Kartun..... Kartun sungguh pemikiran mereka ini.
1 comment:
salam...
artikel ni mcm menentang arus jer... dr statement TG Presiden...
tp nampak sama dgn Us. Nasha...
ada apa2 ke...?
Post a Comment