Monday, January 18, 2010

Kerajaan Pembangkang - Siapa mencipta istilah ini

Open Artikel Oleh: kayukelat

Aku sampai hari ini masih tertanya-tanya, dari kemenangan kerajaan Pas Kelantan 20 tahun dahulu sampai kehari ini aku masih tidak faham dengan kenyataan "Kerajaan Pembangkang".

Setahu aku lah kalau yang menang dalam pilihanraya umum dan memperolehi majoriti mudah ke majoriti 2/3 akan diiktiraf sebagai kerajaan. Tetapi di Malaysia sesiapa yang menang Pilihanraya Umum selain dari Parti Bn dan dapat memerintah negeri masih lagi dipanggil "kerajaan Pembangkang" Dan aku telah mencari makna ini dalam kamus dewan edisi empat" kerajaan - kerajaan yg dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara se­hingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb"

dan tiada lagi istilah Kerajaan Pembangkang, Jadi dimanakah media dan pengamal-pengamal bahasa kebangsaan mengeluarkan istilah seperti ini. Dan pihak pembangkang juga seronok dengan istilah ini "kerajaan pembangkang" Adakah istilah ini wujud di Malaysia sahaja. Kalau parti yang sudah memenangi Pilihanraya Umum dan memperolehi majoriti akan dipanggil Kerajaan bukannya kerajaan Pembangkang. Kalau pembangkang adalah parti yang tidak memiliki majoriti dalam dewan undangan dan parlimen. Dan yang tidak menang pilihanraya tidak akan di panggil kerajaan ia dipanggil pembangkang.

Dan kerana istilah ini, pihak pembangkang terus mengekalkan mentaliti sebagai pembangkang bukan bertindak sebagai kerajaan. Jika mentaliti pembangkang terus dikekalkan dalam kaedah pemerintahan bermakna kerajaan ini tidak dapat bertindak dengan baik dan efisien. Ini lah mungkin Amerika Syarikat mana parti pembangkang mewujudkan kabinet bayangan kerana jika parti pembangkang menang pilihanraya umum dan dapat mengambil alih kerajaan yang ada kejutan tiada lagi berlaku.

Sampai hari ini Parti Pembangkang masih lagi mengekalkan gaya pembangkang bukan gaya pemerintah. Sampai bila ini akan berakhir sehingga dapat menawan Putrajaya baru nak berubah, Jika dah menang diperingkat negeri, pembangkang dah mempunyai kuasa dan gunakalah kuasa yang ada walaupun terhad untuk kebaikan rakyat yang sudah lama tertindas. Walaupun kerajaan di peringkat negeri, ia masih mampu melaksanakan apa saja kebajikan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Jangan jadi macam Pas di Terengganu, sewaktu Pas menang Pilihanraya Umum dan mengambil alih tampuk pemerintahan dari umno tahun 1999, kejutan amat besar berlaku , umno terlalu terkejut kerana kalah teruk , hampir gila penyokong, pendokong, pemimpin umno dan kroni-kroni semacam dilanda tsunami, akan hilang lubuk mencari ghanimah, dan penyokong, pendokong dan juga pemimpin Pas terus terkejut kerana diberi kemenangan besar oleh ALLAH.

Akhirnya mentaliti pembangkang terus dibawa dalam pemerintahan, orang umno terus memperkudakan pemerintahan Pas, akhirnya Pas tumbang dan kembali menjadi pembangkang. Mungkin orang Pas akan marah pada aku kerana artikel ini. maaf saudara ku, inilah hakikatnya yang patut kita akuinya. kita lemah sebenarnya dalam mentadbir, terlampau bergantung kepada sokongan yang membawa rebah. kita anggap kita masuk ke kota mekah tapi kita masuk ke kota perkauman yang tebal sebenarnya.

dendam menjadi agenda mereka. Sehinggakan apa yang Mb sebut dalam mesyuarat exco semuanya sampai ke tangan Umno sekelip mata sahaja. Rakyat membawa diri dan akhirnya tumbang di gelombang biru yang dicipta oleh mantan Mb Alidrisi. Mb Alidrisi pun tenggelam dalam lautan biru.

www. kayukelat.blogspot.com"

No comments: