Sunday, January 24, 2010

Gotong Royong Taman Sri Nanding

Gotong royong adalah salah satu tradisi yang kian terpinggir. Tetapi inilah salah satu wadah yang sangat berkesan dalam menjalinkan hubungan di dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang berbilang kaum. Cuti hujung minggu perlu di manfaatkan sepenuhnya, bukan sahaja dengan keluarga tetapi juga mengeratkan hubungan antara jiran dan masyarakat.
Sekalung tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan diharapkan program-program seperti ini dapat diperbanyakkan bagi manfaat masyarakat dan negara. Mana yang kurang akan diperbaiki dan para penduduk juga perlulah menyahut seruan ini dan beramai-ramai turun bagi memastikan matlamat program ini dapat dicapai.
Terima kasih kepada Ahli Majlis juga merangkap pengarah JPD Saudara Mohamad Jan Sulong di atas usahanya bagi mendapatkan taman mini ini bagi mengindahkan pintu masuk ke Taman Sri Nanding.
Terima-kasih juga kepada kontraktor pengangkut sampah yang berkerjasama dalam membantu mengangkut sampah. Bukan sahaja mendapat kontrak tetapi juga melaksanakan tanggungjawab sosial dalam kerja-kerja amal seperti ini.

Penduduk sama-sama membersihkan kawasan tapak pasar-malam.

Yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.
Muafakat penduduk yang insyallah memberi kebaikkan dan manfaat kepada semua. Tahniah dan syabas kepada yang turun menyumbang tenaga dan melapangkan masa bersama-bersama dalam program ini.

No comments: