Selaras dengan visi dan misi JPD (Jawatankuasa Pengurusan DUN), Pengarah yang baru Saudara Mohamad Jan Sulong telah membentangkan arah tuju dan belanjawan JPD untuk tahun 2010.
Fokus dan matlamat utamanya adalah untuk memastikan segala peruntukkan di agihkan dengan adil kepada semua pihak tanpa mengira agama, kaum dan politik. Dengan peruntukkan yang terhad (RM500,000) JPD telah menyusun dan mengagihkan peruntukan mengikut sektor keutamaan. Fokus utama adalah untuk menyedia atau memperbaiki kemudahan dan infrastruktur. Mungkin tidak dapat menampung semua kos pembangunan memandangkan kos pembangunan infrastruktur di DUN Dusun Tua sebenarnya menelan belanja jutaan ringgit.
Apa pun peruntukan yang terhad ini kita cuba agihkan sebaik mungkin demi manfaat dan faedah semua pihak. Mudah-mudahan kita di JPD diberikan kekuatan, kemudahan dan ketabahan dalam melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin. Insyallah.
VISI
Menjadikan DUN Dusun Tua Maju, Sejahtera Dan Berkebajikan
MISI
Mengurus dana kerajaan negeri dengan adil, amanah, mesra rakyat, perihatin dan selaras dengan hasrat kerajaan negeri.
OBJEKTIF

- Menyalurkan dana kerajaan negeri secara adil dan telus tanpa mengira kaum, agama dan latarbelakang politik.
- Mengalakkan dan menyokong program memakmurkan rumah-rumah Allah dengan pelbagai aktiviti keagamaan.
- Memperkasakan Ketua Kampung dan JKKK dalam mengenalpasti masalah setempat dan meningkatkan khidmat kepada masyarakat.
- Mengalakkan program kemasyarakatan bagi mengeratkan hubungan kaum dan agama
No comments:
Post a Comment