Sunday, January 17, 2010

‘Hari Tanpa Beg Plastik’ berterusan selama enam bulan

SUBANG JAYA, 16 Januari - Kerajaan Selangor meneruskan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ yang dianjurkannya sejak minngu lalu untuk tempoh enam bulan akan datang.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata kempen itu memberi kesedaran kepada pengguna bahawa beg plastik boleh dikitar semula dan digunakan secara berulang kali.

Elizabeth berkata, sebanyak 16 jenama terlibat dalam kempen berkenaan sedia memberi kerjasama termasuk 3 pasaraya ternama.

“Kami mahu orang ramai tahu penggunaan beg plastik boleh diguna berulangkali. kita bukan sahaja boleh menggunakannya sekali atau dua kali malah berkali-kali. Kita mahu beg plastik dijadikan barang yang memunyai nilai dan bukan hanya percuma dan boleh dibuang sesuka hati tetapi kita boleh menggunakan beg plastik berulangkali dan dikitar semula serta diguna pelbagai tujuan lain.”katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada acara turun padang mempromosikan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ negeri Selangor di Subang Parade hari ini.

Menurutnya, kempen ini sekaligus menggalakkan pengguna mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan seharian.

Kempen ini mensasarkan secara berperingkat pengurangan 50 peratus penggunaan beg plastik dalam tempoh 6 bulan.

“Bermula selepas Tahun Bru Cina, asya akan melawat serata Klang setiap hari Sabtu bersama-sama dengan team saya termasuk mereka dari Kerajaan Negeri, ADUN, dan ahli Parlimen. Kami bercadang untuk melakukan kempen ini diseluruh negeri Selangor termasuk dari Sabak Bernam hingga Sepang dan tidak hanya tertumpu pada Petaling Jaya dan Subang Jaya sahaja.” ujarnya lagi.

No comments: