Thursday, January 28, 2010

Kerana Pulut Santan Binasa.....

Nampaknya polis dan media sudah tidak pandai menggunakan istilah bahasa Malaysia yang sesuai ketika berkomunikasi dengan masyarakat awam. Apabila istilah 'jangan ganggu' digunakan bermakna sudah tentu mereka menujukan kepada mereka tidak ada kena dengan perayaan Thaipusam. Ini berbeza dengan istilah 'jangan timbulkan ketegangan' yang menjurus kepada sasaran yang lebih umum dan mencakupi semua pihak.

Diharapkan perkara mudah begini tidak dikesampingkan demi menjaga maslahah semua pihak. Pihak yang berkuasa pula janganlah mencetuskan provokasi yang tidak perlu demi menjaga ketenteraman awam. Apa pun selamat bertugas kepada pihak polis yang perlu menjaga perayaan Thaipusam yang bermula Jumaat ini.

________________________

Polis Beri Amaran Jangan Ganggu Sambutan Thaipusam

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang berniat mengganggu kelancaran serta menimbulkan suasana tegang semasa sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam kegiatan gangsterisme di kawasan itu dan sengaja menggugat ketenteraman serta keharmonian awam.

"Faktor keselamatan akan dipertingkatkan, kita akan memantau keseluruhan kawasan Batu Caves dan pergerakan orang ramai dalam memastikan sambutan tersebut berjalan lancar dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

"Mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat kelancaran dan keamanan sambutan Thaipusam akan diambil tindakan termasuk kepada gangster dan samseng... tiada siapa akan terlepas," katanya kepada pemberita di Batu Caves hari ini.

No comments: