Kepala babi ditemui di dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.
Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.
Hadir di tempat kejadian Yang Dipertua PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan, Ustaz Ghazali Shaari dan beberapa anggota unit amal.
"Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini. Saya harap umat Islam khususnya bertenang dan jangan emosi dalam perkara ini.
"Kita serah kepada pihak polis buat sisatan," jelasnya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada usaha terancang oleh pihak tertentu membuat provokasi untuk mencetuskan kemarahan agama dan kaum.
Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.
Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.
Menurut wartawan Malaysiakini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya datang untuk menyiasat kawasan kejadian.
Sementara itu, satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi oleh seoang penduduk, Sharif Shaari, 57, yang datang pada jam 5.45 pagi tadi untuk mengerjakan solat Subuh.
Sharif, seorang peniaga, bersama seorang kawannya ternampak beg plastik itu tetapi tidak menyangka ia berisi kepala babi, lalu mereka terus masuk ke masjid untuk mengerjakan solat.
Selepas mengerja solat Subuh, mereka keluar semula untuk memeriksa beg tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi dua kepala babi hutan.
Mereka juga ternampak kepingan wang kertas ditaburkan di situ. Ia termasuk keping wang seringgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit yang semunya berjumlah RM35.
Mereka kemudian terus masuk semula ke masjid dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid berkenaan, Zulkifli mohamad.
Seorang daripada mereka menelefon pihak polis yang tiba kira-kira 6.40 pagi tadi.
No comments:
Post a Comment