Pendapat Oleh: ustnik
"Saya puji usaha Persatuan Ulama Malaysia Selangor yang mengambil inisiatif menganjurkan Simposium Masyarakat Bukan Islam baru-baru ini. Ucaptamanya disampaikan oleh Prof Dr Wahbah azZuhaily, ulama terkenal dari Syria.
Islam adalah addeen (cara hidup) yang cakna semua aspek hidup dan menjamin semua golongan yang berada di bawah naungannya. Tamadun Islam pernah menguasai dua pertiga dunia dalam sejarahnya yang hebat. Bukan Islam mendapat keadilan di bawah pemerintahan Islam. Dunia kini sangat memerlukan Islam, bukan sahaja bagi menjamin umat Islam, bahkan semua manusia dan alam.
Islam adalah agama selamat dan menyelamatkan di dunia dan Akhirat, agama tunduk dan patuh, agama yang menjamin kehidupan yang dirahmati dan diberkati. Banyak keistimewaan dan kelebihan sistem Islam kini tidak dapat dinikmati akibat dipinggir oleh penjajahan Barat yang diikuti oleh sekularisme yang mencengkam.
Politik Islam masih banyak yang belum diterokai dan dikecapi kehebatannya. Ekonomi Islam diterima apabila dilihat boleh mendatangkan pulangan duniawi sahaja, bukan kerana taat dan patuh untuk melaksanakan atas dasar taqwa. Sistem jenayah Islam terus dibelakangkan dalam keadaan jenayah makin membarah, sedangkan itulah sahaja (diulang: ITULAH SAHAJA) sistem yang dapat menjamin kesejahteraan hidup dan kehidupan manusia.
Apabila Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah beberapa negeri selepas PRU12, di antara perkara yang mesti ditangani terutama di negeri ramai penduduk bukan Islam ialah masyarakat bukan Islam ini. Islam tetap memberikan penyelesaiannya yang menjamin keadilan untuk semua.
Justru, langkah yang diambil oleh PUM Selangor dengan kerjasama JAIS dan MAIS ini tidak boleh dihentikan di situ sahaja, bahkan mesti diwacanakan lebih luas, sama ada oleh ahli akademik dalam bidangnya atau ahli politik. Fiqh Bukan Islam kedapatan dalam perbincangan ulama terdahulu, ketika negara itu mendaulatkan Islam sebagai hukum tertinggi. Suasana sekarang sedikit berbeza, namun penyelesaian dari perspektif Islam tetap diperlukan. Kajian menyeluruh diperlukan untuk semua ini.
Dalamasa yang sama, gagasan PAS For All dan Islam For All juga boleh diwacanakan dan dijadikan Fiqh Masyarakat Bukan Islam tadi sebagai salah satu bahan wacananya. Tidak mustahil apabila masyarakat bukan Islam melihat keadilan Islam, berbondong-bondonglah Cina dan India bukan Islam akan masuk Islam, di kala UMNO dan BN menjauhkan masyarakat bukan Islam dan umat Islam dari Islam itu sendiri.
Undang-Undang Keluarga Bukan Islam
Siasah Syariyyah Dlm Membentuk Gagasan Fiqh Masyarakat Majmuk
Kerangka Asas Dlm Pembinaan Hukum Fiqh Msyrkt Bukan Islam
Jizyah Kepada Warganegara Bukan Islam
Islam Dan Toleransi Budaya Dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia
Hukum Wanita Islam Berkahwin Dengan NonMuslim
Bukan Islam Sebagai Saksi Di Mahkamah Syariah
Berinteraksi Dengan NonMuslim

RESOLUSI
SIMPOSIUM FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM
23 – 24/6 -7 Muharram 1431H

- Membongkar khazanah ulama’ silam mengenai pengajian Fiqh ahlul zimmah untuk dikaji dan dinilai semula menurut perkembangan semasa berdasarkan timbangan Al Quran dan As Sunnah.
- Menggalakkan pengajian mengenai Fiqh Ahlul Zimmah di kalangan umat Islam melalui majlis ilmu sama ada secara formal atau tidak formal.
- Memperkembangkan dan memperluaskan kajian mengenai Fiqh masyarakat bukan Islam dalam konteks Malaysia.
- Menggalakkan diskusi ilmiah di kalangan para ulama’ dan cendekiawan tentang Fiqh masyarakat bukan Islam dalam konteks Malaysia khasnya dan dunia umumnya.
- Membentuk gagasan Fiqh masyarakat Bukan Islam berdasarkan prinsip-prinsip yang muktabar untuk memberikan panduan kepada masyarakat seluruhnya.
- Mendapatkan penyelesaian yang bersepadu bagi mencadangkan bagaimana menangani permasalahan yang timbul berkaitan dengan hubungan antara masyarakat yang pluralistik terutamanya yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam, hak bukan Islam, hak asasi manusia secara keseluruhan serta kesan yang timbul dari segi aqidah, syariat dan akhlak.
- Menyebarluaskan maklumat mengenai pengajian Fiqh masyarakat bukan Islam kepada masyarakat non-muslim bagi memurnikan persepsi mereka terhadap Islam.
- Membuktikan kepada masyarakat bahawa Islam adalah agama yang sempurna dan lengkap mencapkupi seluruh aspek seluruh kehidupan manusia termasuk yang berkaitan dengan hubungan dengan masyarakat bukan Islam.
- Menyarankan pihak-pihak berkenaan untuk mengaplikasikan cadangan-cadangan yang diperolehi melalui simposium ini bagi merealisasikan pelaksanaan ajaran Islam secara berhikmah dan bijaksana.
- Mengkaji dan meneliti semula beberapa perkara berkaitan undang-undang yang dibawah kuasa mahkamah syariah terutamanya yang melibatkan masyarakat bukan Islam dalam hal-hal tertentu demi kemaslahatan dan keadilan.
Undang-Undang Keluarga Bukan Islam
Siasah Syariyyah Dlm Membentuk Gagasan Fiqh Masyarakat Majmuk
Kerangka Asas Dlm Pembinaan Hukum Fiqh Msyrkt Bukan Islam
Jizyah Kepada Warganegara Bukan Islam
Islam Dan Toleransi Budaya Dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia
Hukum Wanita Islam Berkahwin Dengan NonMuslim
Bukan Islam Sebagai Saksi Di Mahkamah Syariah
Berinteraksi Dengan NonMuslim
No comments:
Post a Comment