Thursday, January 21, 2010

Negara Masih Diperintah Tun M

Apabila Tun M mendedahkan isu 'penyeludupan' pasir ke Singapura barulah kita lihat SPRM bertindak. Cuma yang saya hairan sampai ke Selangor pun terbabit sama. Ada ke orang Selangor bawak pasir ke Singapura? Apa pun akhirnya penyeludupan pasir ke Singapura ini dapat di hentikan akhirnya.

Bukan kerajaan tak tahu. Tetapi SENGAJA dan DIBENARKAN.

Mana perdana menteri kita? Dulu selalu tidur, kini sebok teman bini shopping ke? ataupun ziarah Datuk Shah Rukh Khan.........

_______________
SPRM Tahan 34 Individu Terlibat Seludup Pasir Ke Negara Jiran

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)membongkar kes kecurian dan penyeludupan pasir ke negara jiran dan menahan 34 individu di seluruh negara, sejak semalam.

____________
MB sahkan silika dan batu dieksport ke Singapura
06/12/2008 2:44pm

JOHOR BAHRU 6 Dis. - Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengesahkan kegiatan mengorek silika di Punggai dan batu di Teluk Ramunia turut bertujuan untuk eksport ke Singapura yang merupakan pasaran terhampir, selain untuk kegunaan domestik.

Beliau berkata, urusan pengeksportan galian tersebut diselia oleh Kastam Diraja Malaysia dan Pejabat Tanah dan Galian Johor.

Menurut beliau, Singapura adalah pasaran terhampir dan penghantarannya hanya boleh dibuat pada siang hari.

Satu perkara yang diputuskan kerajaan Malaysia adalah tiada halangan untuk mengeksport galian ini,'' katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Menanam Pokok anjuran Pusat Beli-belah Aeon Bukit Indah di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia menyiarkan penjelasan Pejabat Tanah dan Galian bahawa galian yang dikorek di kawasan Pengerang merupakan silika dan bukannya pasir sungai atau pasir darat untuk tujuan eksport ke luar negara.

No comments: