Teater ini adalah terjemahan sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ia mengisahkan Ka’ab bin Malik yang tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk.
Teater Menunggu Kata Dari Tuhan ini adalah teater kisah penderitaan jiwa dan perasaan yang dialami oleh Ka’ab bin Malik seorang sahabat yang rasa bersalah kerana tidak ikut serta untuk berjihad di Tabuk walaupun pada masa itu beliau sihat dan mempunyai peralatan dan kenderaan untuk pergi berperang.
Pelbagai rasa yang dilaluinya lewat tertinggalnya beliau dalam perang lalu beliau dipulaukan oleh nabi dan sahabat kerana kesilapan besarnya itu. Beliau juga diperintahkan untuk menjauhi isterinya.
Penderitaan jiwa yang amat sangat dialami oleh Ka'ab dalam menunggu keampunan dari Allah. Menunggu kata dari Tuhan melalui lidah Rasul..... bilakah beliau akan diampunkan? Berkat kesungguhan beliau dalam memunajat dan mohon keampunan dari Allah akhirnya beliau telah diampunkan oleh Allah.
Inilah konflik jiwa Ka’ab dan saya rasa konflik jiwa kita juga…
Kebenaran harus diterima walaupun pahit…
Gesekkan biola oleh Sani Sudin yang mendayu melengkapkan pementasan teater ini.

Namun, mesej besar yag cuba disampaikan adalah – sejauh mana kita bersedia untuk bercakap benar bila sudah melakukan kesalahan dan adakah kita bersedia untuk menerima hukumannya?
Inilah konflik jiwa Ka’ab dan saya rasa konflik jiwa kita juga…
Kebenaran harus diterima walaupun pahit…
Gesekkan biola oleh Sani Sudin yang mendayu melengkapkan pementasan teater ini.
Dinsman menjelaskan latarbelakang pementasan teater ini.
Majlis ditutup dengan penyampaian penghargaan kepada mereka-mereka yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan PAS di Hulu Langat.
No comments:
Post a Comment