Emosi yang terusik disebabkan oleh keputusan mahkamah terhadap penggunaan Allah kini semangkin tidak terkawal. Ini akibat beberapa kenyataan yang tidak konsistan dan bercanggah dikalangan pemerintah dan pihak yang berkuasa. Ataupun kegagalan kerajaan menangani situasi yang mencabar ini. Gagal memberi penjelasan, penerangan dan membuat langkah segera untuk meredakan suasana.
Kenyataan Najib dan Hishamuddin yang dilihat seolah-oleh menggalakkan protes sedangkan ketua polis negara menghalang mencetuskan dan menambah lagi kekalutan ini. Kebetulan pula malam tadi ada kes kebakaran di sebuah gereja di Desa Melawati. Tidak diketahui motif dan siapa yang bertanggungjawab. Apa tujuan mereka. Nak mencurah minyak kepada api yang sedang marak...!
Apa pun isu penggunaan perkataan Allah ini perlu ditangani dengan cara yang hikmah. Walaupun kita perlu tegas dalam dalam membuat pendirian, tetapi dalam masa yang sama kita jangan lupa atau lalai kerana sesiapa juga boleh mengambil kesempatan untuk mengeruhkan suasana. Jangan sampai kita bergaduh sesama sendiri sedangkan ada pihak yang bertepuk tangan memerhatikan kelakuan kita.
Sejarah telah mengajar kita bahawa kekerasan tidak memberi manfaat yang sewajarnya kepada kita. Kekerasan bakal mengundang kepada kerosakkan, kecederaan atau kematian. Dan untuk memulihkan ini semua mungkin memakan masa yang sangat lama. Kita sudah belajar dari peristiwa 13 Mei.
Sekiranya gereja menggunakan mahkamah untuk mencari jalan mengapa kita tidak menggunakan kaedah yang sama untuk menentang mereka. Kita boleh menunjukkan sokongan tetapi banyak cara yang boleh dibuat untuk menunjukkan sokongan. Pun begitu penjelasan amat perlu dibuat dari pelbagai aspek antaranya dari segi hukum. Hukum Syarak, Hukum Akal dan Hukum Adat. Dari sudut Bahasa juga boleh.
Kita tidak mahu ada pihak memberontak membabi buta tanpa ilmu dan akal. Kita marah dengan siapa ni? Mahkamah, gereja, orang kristian, JAKIM, menteri, polis, PM atau siapa?.......
Merujuk kepada kes tuntutan gereja untuk menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka, saya lebih cenderung dengan pandangan TG Dato' Dr Haron Din. Umat Islam tidak boleh menerima penggunaan istilah Allah yang seperti mana yang difahami dan diyakini oleh orang Kristian kerana menyebabkan syirik dan kafir. Dari segi adatnya di Malaysia ini orang tak menggunakan istilah Allah melainkan orang Islam sahaja. Dari segi bahasa pun Allah adalah merujuk kepada Allah tuhan yang maha esa sebagaimana yang diyakini oleh Islam.

No comments:
Post a Comment