Saturday, January 9, 2010

Sumbangan Petronas Gas

Apa lagi yang nak dikatakan lagi melainkan ucapan ribuan terimakasih yang tidak terhingga kepada En Nasir, En Rashidi dan rombongan Petronas Gas iaitu dari Badan Kebajikan Petronas Gas yang datang awal pagi dari jauh untuk bersama-sama dengan penduduk Dusun Tua bagi membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh tiga keluarga di sini.

Selain dari bantuan kewangan bagi membaiki rumah mereka juga datang sendiri bagi melaksanakan tanggungjawab sosial mereka untuk membantu keluarga ini bagi membersihkan kawasan rumah ini.

Pengarah JPD Saudara Mohd Jan amat berbesar hati dan berharap perhubungan baik antara Petronas Gas dan penduduk terus dikekalkan. Terima kasih kepada Ketua Kampung Hj Sharani dan Setiausaha JKKK Kg Dusun Tua Saudara Saufi diatas usaha murni ini.

Semoga sumbangan mereka semua mendapat ganjaran dan rahmat yang besar dari Allah. Ameen.


Hj! Apa kata kita keluarkan 'tender' korek pasir ni!...... Boleh untung ke?



No comments: