Pagi ini saya disergah oleh seseorang yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di dalam forum baru-baru ini. Mungkin ada sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya hingga beliau menghamun saya dikhalayak ramai dan di hadapan keluarga saya. Mujur tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Maka tidak perlulah ianya berakhir di balai.
Di dalam keterbukaan minda dan medan berbicara terutama di Internet masih ada lagi insan-insan yang tidak dapat memanfaatkan kemudahan yang ada. Ada pihak yang mengambil kesempatan dan menulis sesuatu hingga ada pihak yang tersinggung dan mengakibatkan tindakkan yang tidak dapat dikawal.
Saya telah jelaskan beberapa kali di medan ini bahwa kenyataan di shoutbox adalah free text dan sesiapa sahaja boleh menulis dan boleh menggunakan nama sesiapa sahaja yang mereka suka bahkan kalau nak pakai nama PM pun boleh.
Dengan memaki hamun saya di tempat awam tidak akan menyelesaikan masalah. Ianya mungkin dapat mengaibkan saya tetapi adakah ianya menyelesaikan masalah? Ataupun beliau mungkin merasa lega kerana dapat melepaskan kemarahan dan perasaan geram beliau..... walaupun salah orang.
Orang di sekitar mungkin tertanya-tanya... apa yang sedang berlaku?
Mujur beliau masih boleh ditenangkan dapat menerima penjelasan saya dan pristiwa tegang itu berakhir dengan baik. Akhirnya beliau telah meminta maaf di atas apa yang beliau katakan.
Inilah akibatnya apabila kita menerima sahaja apa yang kita dibaca di Internet. Medan yang terbuka membolehkan sesiapa sahaja menulis apa sahaja tanpa memikirkan akibatnya. Ini termasuklah musuh-musuh kita yang bebas menyebarkan fitnah dan berita yang tidak benar.

Apa pun diharapkan forum Facebook yang menggantikan shoutbox dapat mengawal sedikit masalah ini. Selamat berforum dan saya berdoa agar saya terus diberikan kekuatan untuk terus mengendalikan blog ini.
Kita berjuang bukan untuk mencari musuh.... bahkan untuk sama-sama menyumbang supaya keluarga, anak-anak, masyarakat dan generasi yang akan datang dapat hidup dengan lebih baik. Insyallah.
Kita berjuang bukan untuk mencari musuh.... bahkan untuk sama-sama menyumbang supaya keluarga, anak-anak, masyarakat dan generasi yang akan datang dapat hidup dengan lebih baik. Insyallah.
5 comments:
salam. sabar yola tuan. bukan sumo org tau guno internet ni. asal ado dongar cerito kluar kat web alamat sekian2. abih dio ingat org yg handle web tu yang buat. baguih jugak tukar ke fb, tutup ruang fitnah. terus maju jaya.
maki hamun bukan jalan penyelesaian dan bukan akhlak Islam dan melayu pun tidak!
tu makna MANIFESTASI JIWA KACAU.. kan bagus kalau ke masjid Bt.14 dengar kuliah.. baru minda cuci dipadankan dengan MEMAKAI baju BERSIH. baru betul...
BERSIH demokrasi perjuangan siyasi,
BERSIH iman, akhlak dan budi
Apa dimarah sahabat MTD
Petugas laksana arahan parti...
Arahan parti tuntutan jemaah
Disyura ia sebelum mengarah
Jika ada yang merasa marah
Ayuh semeja bermuzakarah...
Muzakarah medan mengukuh hujah
Cari kebenaran bukan menerjah
MTD tak mahu perpanjang masalah
sesama jemaah elak berbalah
Hentikan marah rakan jemaah
kepada pimpinan bertemu dan ramah
selesaikan penuh bijak dan hikmah
Na'uzubillah kita elak fitnah...
Kepada sahabat saya Bro. Jafri
Sabar, istiqamah insya Allah mudah2an Allah bersama penegak kebenaran dan keadilan Islam...
S/U MTD N-23
Terima kasih di atas sokongan sahabat. Kalau bukan kerana rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa, masyarakat dan negara telah lama aku tinggal perjuangan ini.
Aku bukan tuan di tanah ini.... bukan juga penguasa di wilayah ini. Aku hanyalah penulis yang kalau orang tak baca blog ini pun tak mendatangkan kudis bahkan kalau baca pun tak manjadikan aku lebih kaya.
Kalau hanya sedikit hal aku berundur.... apa akan ku jawab di mahkamah Allah nanti. Nabi yang nyawanya dihujung pedang pun masih istikomah berjuang inikan hanya cercaan orang yang tidak mengerti.
Teringat pesanan Nabi... 'Sampaikanlah daripada aku walaupun satu potong ayat.'
Mungkin hari ini mereka tidak faham... Aku berdoa agar generasi yang akan datang lebih mengerti. Insyallah.
rupa paras tak menjaminkan akhlak seseorang... memperjuangkan politik ala katak ni sudah lama berlaku. dalam dunia cyber ini pada dekat ini masih lagi ada manusia yang berada ditahap bawah tempurung.......
Post a Comment