Thursday, January 7, 2010

Nampak Macam Bercanggah.......

Beberapa kenyataan yang dibuat oleh TG Nik Aziz, TG Hj Hadi dan Tg Dr Haron Din dilihat seperti bercanggah bila dibaca melalui akhbar perdana. Sedangkan mereka membuat kenyataan berdasarkan kontek yang berbeza. TG Hj Hadi membuat kenyataan berdasarkan dasar hukum penggunaan perkataan Allah oleh semua orang sedangkan TG Dr Haron Din pula mengulas secara specific keputusan mahkamah dalam penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar. Manakala kenyataan TG Nik Aziz pula lebih menekankan kepada hukum asal pengunaan perkataan Allah dalam bentuk yang lebih umum.

Apa pun sebagai orang Islam kita wajib memahami mempelajari tauhid ketuhanan. Tidak perlu banyak berpolimik dan mencari kesempatan demi mendapatkan pengaruh politik murahan. Sedangkan kita mungkin mempertaruhkan atau memperjudikan akidah umat Islam.

Cuba kita renungkan rentetan pristiwa dibawah ini:
  1. Kerajaan hampir gagal mendapat kelulusan budget 2010.
  2. Kehilangan Jet F-5E
  3. Keputusan gereja boleh guna perkataan Allah.
  4. Gula naik 20 sen
  5. Keputusan boleh guna perkataan Allah ditangguhkan pula.
  6. KDN benarkan demo pulak
Itu tidak termasuk lain-lain kes yang timbul tengelam termasuk MP kahwin artis. Nampak seperti apabila satu kes timbul akan menimbulkan kes yang lain pula bagi menutup kes sebelum itu. Gali lubang kambus lubang.

Kita lihat apa akan berlaku selepas ini...... Apa yang pasti kerajaan Najib tengah mengumpul strategi, pengaruh dan kekuatan untuk mengadakan pilihan raya baru bagi mendapatkan madat baru dari rakyat. Selain memastikan barisan perwakilan dan kabinet benar-benar orang pro Najib.

Kita mungkin akan menyaksikan pilihanraya awal bagi PRU13. Adakah kita sudah bersedia untuk membuat perubahan secara total. Sekali lagi diingatkan bahawa Cina telah menolak MCA, India telah menolak MIC...... Melayu kemana arah kita? Adakah orang Melayu ingin terus menguasai pemerintahan atau mahu menjadi pembangkang pula?

PRU13 bakal menyaksikan kejatuhan BN dan PR akan memerintah di Putrajaya. Untuk memastikan kerajaan baru yang bakal dibentuk mewakili majoriti orang Malayu maka orang Melayu perlu berubah arah.

Mahu terus menyokong UMNo dan menjadi pembangkang atau menyokong PAS dan memerintah negara.

Fikirkan.

No comments: