KUALA NERUS – Seolah-olah sebelum ini tidak ada klinik dalam Malaysia ini, klinik 1Malaysia inilah klinik yang terbaik kononnya, saya nak tanya, apakah selama ini klinik-klinik yang ada, hospital yang ada membezakan antara pesakit India, Cina, Melayu dan sebagainya kata Dr. Alias Razak, ADUN Bukit Tunggal, Kuala Nerus. Menurutnya, pengalaman beliau menjadi doktor selama ini tidak membezakan antara pesakit, apa jua bangsa, dimana jua klinik samada swasta atau kerajaan.
Oleh itu, beliau berkata slogan klinik 1Malaysia kononnya slogan yang membawa perubahan, namun ia merupakan satu perkara yang telah lama dan ‘lapuk’.
Dr. Alias yang juga Timbalan Yang DiPertua Kuala Nerus berkata Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak tidak ada idea langsung dan tidak ada pengalaman menjadi seorang dokor (perubatan).
Justeru katanya, Najib tidak menyedari bahawa tidak ada klinik yang dipanggil Pusat Kesihatan ataupun poliklinik, dimana-mana sahaja sekarang, yang tidak ada doktor bertugas.
"Satu perkara yang rakyat kena sedar, saya nak beritahu, klinik 1Malaysia (najib) tak ada doktor, ini yang masalah, zaman tak ada doktor ni saya masih ingat, kita panggil Pusat Kesihatan Kecil yang memang tidak ada pegawai perubatan, adalah zaman 86 dahulu, sekarang Najib bawa balik semula, klinik 1Malaysia tak ada doktor. " jelasnya ketika menyampaikan ceramah penerangan di Pulau Duyung dekat sini semalam.
Menurutnya, tidak ada apa-apa istimewa Klinik 1Malaysia Najib dengan klinik yang sedia ada sekarang kerana rakyat masih perlu membayar RM1 untuk mendapatkan rawatan.
Sedang satu ketika dulu, katanya, semua rawatan yang diberikan oleh hospital dan klinik-klinik kesihatan adalah secara percuma.

No comments:
Post a Comment