Tuesday, January 12, 2010

Ilmu dan Amal

Sebagai sebuah parti yang bergerak berdasarkan dan berteraskan Islam, PAS Kawasan Hulu Langat terus istikomah mengadakan Kuliah Haraki di Pejabat PAS Kawasan. Ini bagi memastikan pengerak PAS tahu matlamat perjuangan dan pengisiannya. Terbaru kuliah bulanan yang disampaikan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh

Ilmu menjadi teras utama bagi memastikan PAS berjalan mengikut syariat yang ditentukan oleh Islam. Beramal tanpa ilmu sesat, berilmu tanpa amal sia-sia.

Selaras dengan tuntutan inilah PAS Dusun Tua terus bergerak untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Terkini JPD Dusun Tua menziarahi seorang isteri yang baru dikesan mengidap penyakit buah pinggang kronik yang terpaksa berulang menjalani dialisis.

Perjalanan hidup masih panjang, anak-anak baru hendak membesar tetapi dugaan Allah sedang menanti. Semoga Allah memberi ketabahan kepada beliau dan keluarga.

Sedikit sumbangan dan doa dipanjatkan agar keluarganya diberi kekuatan, kesabaran dan mudah-mudahan Allah menyembuhkan penyakit beliau. Kepada mereka-mereka yang ingin menghulurkan bantuan pihak JPD amat mengalu-alukan. Sila hubungi pejabat JPD atau berhubung terus kepada Saudara Mohd Jan.


No comments: