Saturday, January 9, 2010

Terbaru Dari JPD

Jawatankuasa Penyelia DUN (JPD) adalah sebuah jawatankuasa lantikan politik yang dibentuk bagi menyokong jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Ia berfungsi untuk memastikan segala objektif dan perancangan kerajaan negeri dapat dilaksanakan dan sampai kepada golongan sasar. Bukan sahaja bantuan khusus kepada penduduk tetapi juga sebagai badan yang menjadi mata dan telinga kerajaan negeri dalam perancangan dan pembangunan.

JPD kini sedang dalam proses menyusun semula struktur organisasinya bagi melancarkan lagi pentadbirannya. Perlantikkan Ketua Pengarah JPD yang baru iaitu Saudara Mohd Jan Sulong diharap dapat meningkatkan lagi fungsi dan keberkesanan pentadbiran JPD.

Tidak lupa sekalung tahniah dan terimakasih kepada saudara Saudara Sany Hamzan dan pasukkannya diatas khidmat cemerlang beliau selama beliau selama menerajui JPD sebelum ini. Diharapkan kepimpinan dan jawatankuasa baru yang dibentuk dapat meneruskan dan meningkatkan lagi usaha membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat.

Bagi melincirkan pentadbiran dan memastikan perjalanan JPD tidak tergendala beberapa perbincangan telah dijalankan sebelum serah tugas dibuat secara rasmi. Sementara itu Saudara Mohamad Sofian telah memulakan bertugas di pejabat JPD bagi membantu dan menyelaraskan serah tugas serta menerima aduan dari penduduk.

JPD kini bergerak dibawah naungan Majlis Tindakan DUN (MTD) yang berfungsi sebagai Lembaga Pengarah. Segala perancangan dan perbelanjaan kewangan JPD akan dibentangkan kepada MTD dari semasa ke semasa agar segala program yang dilaksanakan di peringkat JPD dan MTD dapat diselaraskan dan menjamin ketelusan pentadbiran.

Jawatankuasa MTD diketuai oleh Pengarah iaitu Saudara Muhd Jan Sulong dan dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pengarah seperti Dr Khairol Amin, Redzuan Khalib, Ustaz Musa Baharuddin dan Puan Rohani Khamis. Selain itu MTD juga disokong oleh AJK-AJK kecil yang dilantik.

Insyallah sedikit masa lagi kita akan mengumumkan senarai penuh JPD yang baru selepas proses serah tugas dibuat secara resmi.

No comments: