Saturday, January 9, 2010

Permohonan Tapak Rumah Sg Lui

Program hari ini diteruskan dengan melawat Perdik dan menjenguk permasalahan setempat. Ini termasuk mendapatkan penjelasan tentang kisah sebuah keluarga yang muncul di akhbar tempatan yang memaparkan kedaifan hidup anak beranak dikawasan ini. Beberapa tindakan telah, sedang dan akan dibuat bagi menyelesaikan masalah mereka. Diharapkan keluarga yang terlibat dapat memberikan kerjasama.

Dalam kesempatan ini juga, ketua kampung telah mengajukan kepada JPD fail permohonan tapak rumah penduduk setinggan Sg Lui. Permohonan yang telah tertangguh sejak 2005 ini telah mendapat mendapat liputan media dan juga sokongan UMNo pada masa itu namun hingga kini penduduk masih hampa. Janji DS Dr Khir Toyo tinggal janji.

Bukan ini sahaja fail yang sudah dikemukkan kepada JPD. Ada beberapa fail lain yang sedang diproses untuk diberikan hak milik bagi memastikan penduduk yang terlibat mendapat hak mereka yang sewajarnya.

Diharapkan dengan sokongan dari kepimpinan setempat dan exco yang terbabit masalah penduduk di DUN Dusun Tua ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera. Mereka yang terbabit digalakkan membuat susulan di pejabat JPD di Pinggiran Delima atau berjumpa sendiri dengan ketua Pengarah bagi mendapatkan perkembangan semasa.




No comments: