Sunday, January 24, 2010

Khidmat Sosial - Petronas Kembali Ke Hulu Langat

Petronas Gas kembali semula begi meneruskan program Khidmat Masyarakat di Dusun Tua. Kali ini para peserta berkumpul di rumah Ketua Kampung Hj Shaharani sebelum meneruskan ke rumah Cik Azizah dan Puan Fatimah.
Ucapan alu-aluan dan doa sebelum melaksanakan program.
Mengisi perut sebelum berkerja keras.
Orang kuat di belakang program ini. Sekalung tahniah dan terima kasih.
Setiausaha JKKK sempat mangambil nota sebagai bahan ucapan.
Mungkin ada lagi perkara yang boleh diperbaiki dalam memastikan pergram ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.
Puan Fatimah yang terharu diatas kunjungan YB Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat dan Petronas Gas. Beliau tidak menyangka walaupun berbeza fahaman politik tetapi dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat itu semua bukanlah alasan.
Rumah yang uzur dan bumbungnya bocor telah lama mencengkam penghuni rumah ini.
YB masih lagi tidak kekok menghayun mesin bagi membantu membersihkan kawasan rumah.
Walaupun rumah penuh dengan lambang BeEnd. Tetapi itu semua bukan penghalang kepada usaha murni ini. Ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri dan JPD dalam membina kerajaan yang berkebajikan tanpa mengira siapa.
Semua berganding bahu menyumbang tenaga.
Usia tidak menghalang untuk menaburkan bakti.

Tahniah dan syabas di atas usaha murni ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas segala jasa dan usaha yang dijalankan.

No comments: