Friday, January 8, 2010

Tangan-tangan ghaib mula buat onar

Ribuan penyokong PAS berhimpun di Tabung Haji untuk berarak ke kedutaan Mesir bagi menyerahkan memorandum bantahan.

PAS bantah sekatan bantuan Palestine oleh Mesir

Ini pula antara yang tunjuk perasaan terhadap pengunaan perkataan Allah di Masjid Negara yang kemudiannya bersurai awal.

Sebagaimana kebimbangan yang saya utarakan, kini ianya telah menjadi kenyataan. Ketua polis negara telah mengesahkan bahawa terdapat tiga serangan terhadap gereja telah dilakukan iaitu di Metro Tabernacle Church in Desa Melawati,Church of Assumption in Petaling Jaya dan Life Chapel Church in Section 17, Petaling Jaya. Walaupun begitu hanya gereja Metro Tabernacle Church in Desa Melawati yang terbakar manakala yang dua lagi tiada kemusnakan atau kebakaran berlaku.

Siapakah dalang disebalik mereka ini. Adakah mereka jahil agama atau mereka fanatik perkauman atau orang upahan semata-mata. Yang pasti Islam melarang umatnya merosakkan tempat ibadat hatta dalam perang sekalipun. Diharapkan pihak polis dapat menghentikan ketegangan yang tidak menguntungkan ini terutama kepada masyarakat umum.

Kalaupun kita tidak puas hati terhadap keputusan Mahkamah mengapa kita menunjukkan kejahilan dan ketidakwarasan kita dalam menangani isu ini?

_________________________

Selangor MB visits church, calls for calm
BREAKING NEWS UPDATED 12.34PM Khalid urged everyone to be calm in the wake of the torching of several churches.

IGP confirms three churches hit
KUALA LUMPUR, Jan 8 — Police are urging for calm as they secure churches nationwide, after three were attacked with firebombs in separate pre-dawn incidents in the Klang Valley, which have been linked to protests against the recent “Allah” ruling.


'Umno instigating racial tension'
Senator S Ramakrishnan accuses Umno of harming the economy by politicising the 'Allah' issue, and driving foreign investors away.

No comments: