Apabila UMNo mula membantu rakyat maknanya PRU13 sudah hampir.
Apabila UMNo mula suap rakyat maknanya PRU13 sudah hampir.
Apabila UMNo mula melawat rakyat maknanya PRU13 sudah hampir.
Apabila UMNo mula perihatin masalah rakyat maknanya PRU13 sudah hampir.
Apabila UMNo mula buat belanjawan rakyat maknanya PRU13 sudah hampir.
Apabila UMNo mula jadi juara rakyat maknanya PRU13 sudah hampir.
Apabila UMNo banyak menipu rakyat maknanya tempoh hayat UMNo semakin hampir.

____________________
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Juara Rakyat dilancarkan hari ini untuk mendekati semula rakyat yang menolak mereka dalam pilihan raya umum 2008.
"Jangan sesekali kita lupa dan lalai bahawa kedudukan kita sekarang semata-mata atas kehendak dan restu rakyat," katanya lagi.
Berucap merasmikan program Juara Rakyat di Tapak Ekspo Bukit Sentosa di Hulu Selangor, Najib yang juga perdana menteri berkata:
"Kami dengar dan terima bahawa rakyat beri teguran dan teguran itu kami akan hayati, bukan setakat dengar sahaja".
Najib berkata, program tersebut yang bertujuan mendekati semula rakyat, akan dijalankan berterusan setiap bulan di seluruh negara.
Katanya, program Juara Rakyat akan dijalankan berterusan setiap bulan di semua bahagian Umno.
"Tiap-tiap bulan mesti buat program Juara Rakyat," katanya di majlis pelancaran program itu yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang.
No comments:
Post a Comment