Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor mangkat

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.

Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang esok.

Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi semalam kerana gering. Berita kemangkatan beliau mula tersebar di Internet sejak petang semalam.

Petang ini, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

1 comment:

Ulum Quran said...

Al-Fatifah.....saya siswa markas ad dirasat alaarabiah islamiah johor ( marsah ) amat sedih skali kerana kolej kami di jaga oleh al al marhum . semoga roh nya dicucuri rahmat